Jangan biarkan penyelidikan sastera terpinggir  

Posted by minz_tondekan in

PEMBICARAAN tentang sastera tidak pernah ada noktahnya di kalangan para pengkaji, sejajar dengan usaha untuk meningkatkan wawasan masyarakat ketika Malaysia dan dunia sedang berhadapan dengan globalisasi.

Kesemua pembicaraan itu terwujud dalam pelbagai karya tulisan dan wacana tentang karya-karya serta kepengarangan, sama ada sastera klasik mahupun kotemporari.

Matlamat utama program-program penyelidikan sastera tersebut ialah menyebarluaskan dapatan-dapatan kajian untuk pembangunan bidang kesusasteraan tanah air.

Namun, adakah bidang penelitian sastera di negara ini benar-benar mantap dan mampu melahirkan dapatan-dapatan yang berkesan untuk pembangunan bidang tersebut? Dan, adakah penyelidikan-penyelidikan yang dilaksanakan hari ini sudah memadai?

Menurut Sasterawan Negara Prof. Muhammad Salleh, penyelidikan sastera Melayu sama ada klasik mahupun kotemporari hari ini masih jauh dari pencukupi kerana beberapa aspek dasar dan penting belum dijalankan.

Ketiadaan penyelidikan dan usaha untuk memperluaskan korpus kesusasteraan Melayu tersebut menyebabkan maklumat-maklumat lengkap tentangnya tidak sebanyak sastera asing.

Katanya, sastera Melayu terutama genre klasik mempunyai estetika dan kekuatannya tersendiri. Malah, ia lebih kaya dengan kelainan dan bakat para penciptanya.

“Cuma cara mendekatinya perlu diaturkan kembali. Kita harus melihat filologi baru yang dinamik dan membuka dunianya kepada berbagai-bagai persoalan sastera dan tidak saja pada ejaan atau ketepatan transkripsi.

“Kajian karya sastera sebagai hasil karya juga kurang dititikberatkan. Biasanya sesebuah karya itu dikaji latar belakangnya, kaitan sejarahnya ataupun bahasanya. Dinamika sasteranya, kerapian tekniknya dan dasar pemikiran yang sering diabaikan,” kata beliau di Wacana Intelektual di Sanggar Za’ba, Dewan bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, penyelidik-penyelidik banyak mengikut model Barat atau dari Malaysia yang melihat bahawa kebudayaan Melayu lebih merupakan pengaruh peradaban Hindu, Arab-Parsi dan barat sendiri.

Disebabkan pemahaman seperti itu, beliau berkata, jarang sekali para penyelidik yang menghargai genius pengarang Melayu tradisional walaupun karya-karya yang dihasilkan merupakan buah intelektual sastera Melayu.

Sesungguhnya bidang kajian tentang sastera lisan Melayu misalnya mempunyai cakupan yang sangat luas. Ia perlu dilaksanakan oleh para penyelidik tempatan semaksimum mungkin.

Dr. Muhammad berkata, antaranya kajian tentang bentuk, metafora, bahasa, irama, muzik dan aturan-aturan penciptaan dalam pelbagai genre penciptaan sastera Melayu klasik seperti jampi serapah, pantun, seloka, gurindam, syair dan sebagainya.

“Selain itu, kajian juga boleh dibuat untuk memahami pemikiran dasar tentang masyarakat dan pandangan hidup yang diterjemahkan menerusi genre-genre sastera klasik tersebut, selain aspek estetika dan sebagainya.

“Dalam bidang drama tradisional seperti wayang kulit dan mek mulung pula aspek perdalangan, ukiran, patung, koreografi dan lain-lain,” tambah beliau.

Menurut beliau, antara aspek lain yang boleh diberi perhatian ialah pengumpulan cerita, puisi, drama dan tulisan-tulisan tentang sastera Melayu lama dan baru, selain kajian tentang khalayak kedua-dua genre tersebut.

“Sebenarnya ada banyak aspek lain yang boleh dikaji dan diteliti seperti minat sastera, daya beli dan penyebaran karya-karya sastera serta penulisan bibliografi lengkap sastera Melayu (tradisional dan moden).

Lenyap

“Para pengkaji juga boleh mengkaji dan mengumpul sastera semua suku kaum bumiputera termasuk Iban, Kadazan, Murut, Semang dan lain-lain serta mengaturnya untuk pembelajaran di sekolah,” ujar beliau.

Aspek lain yang dicadangkan oleh beliau bidang terjemahan karya-karya sastera Melayu serta pengumpulan cerita-cerita rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk dibukukan.

Persoalan kurangnya biografi, autobiografi dan memoir pengarang-pengarang Melayu turut diakui oleh Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

Beliau melihat, ketiga-tiga penulisan tersebut masih amat langka dalam sejarah penerbitan di Malaysia termasuk sumbangan daripada pengarang-pengarang mapan.

Kelangkaan tersebut menyebabkan beberapa maklumat penting tentang kesusasteraan moden dan aspek bukan narati tentang pengarang tempatan tidak dapat diketemukan atau lenyap bila mereka meninggal dunia.

Sesungguhnya, penghormatan dan pengiktirafan terhadap sastera dan bidang penulisan tidak hanya tertakluk pada penerbitan karya-karya mereka sahaja. Sebaliknya, ia turut merangkumi penulisan biografi, memoir dan sebagainya.

“Penerbitan biografi, autobiografi dan memoir justeru lebih penting berbanding karya-karyanya terutama untuk melihat dan menilai proses kepengarangan, konsep seni dan falsafah anutannya yang dibicarakan secara denotif tanpa bersembunyi.

“Maka wajarlah biografi, autobiografi dan memoir pengarang Melayu moden yang terkenal disusun perancangan penulisan dan penerbitannya. Jika biografi yang ingin dihasilkan, wajarlah semua data dan maklumat yang penting diperoleh daripada pengarang sendiri terutama ketika ingatannya masih kuat,” katanya.

Selain itu, Dr. Anwar berkata, DBP perlu memainkan peranan yang lebih luas dalam penerbitan tersebut dengan menangani projek penyelidikan sastera modennya secara dalamannya.

“Akan tetapi, jika DBP merasakan sebaliknya, maka penyelesaian yang terbaik ialah dengan memanfaatkan sarjana-sarjana sastera di IPTA tempatan,” tambah beliau.

Oleh itu, Dr. Anwar seperti juga Dr. Muhammad melihat persoalan yang sama - semua pihak perlu memainkan peranan semaksimum mungkin untuk melakukan penyelidikan terhadap sastera Melayu supaya ia benar-benar wujud sebagai sebahagian daripada warga sastera dunia.

Namun, perjalanan ke arah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Kedua-duanya berpendapat hanya penyelidikan, penulisan dan penerbitan termasuk biografi, memoir dan aoutobiografi sahaja yang dapat merealisasi cita-cita tersebut.

by: Utusan Malaysia

Jenaka Pendek (Kisah 6)  

Posted by minz_tondekan in

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Gara- gara cinta  

Posted by minz_tondekan in

cinta itu umpama mutiara
biarpun bumi serta isinya digadaikan
nilainya tidak mampu dibeli
bila diri terjatuh dalam cengkamannya
tiada lautan api tidak bisa direnangi
tiada gunung tidak bisa didaki
tiada jurang tidak bisa direntangi
tiada jarak tidak bisa dilalui
dan tiada apa tidak bisa dilakukan
semuanya gara- gara cinta.

cinta itu buta
ia buta kepada warna kulit
ia buta kepada darjat kedudukan
ia buta kepada paras rupa
ia buta kepada perbezaan jarak
dan ia buta kepada bermacam halangan di hadapannya
semuanya gara- gara cinta.

semasa dalam cengkaman cinta
hidup ini terasa dalam alam kayangan
menikmati nikmat yang tidak mampu terucap
membawa kepada perubahan diri yang ketara
tidur menjadi tak lena
mandi menjadi tak basah
makan pun menjadi tak lalu
bila mana orang yang dicinta tiada dihadapan.

apabila terputusnya sebuah ikatan cinta
tiada kesakitan yang bisa menandinginya
tiada kekecewaan yang bisa digambarkan
diri yang dulunya gagah bak laksamana
kini menjadi hulubalang pengecut
diri yang dulunya segak bergaya
kini berkeadaan terumbang- ambing
semuanya gara- gara cinta.

cinta
cinta itu merupakan satu anugerah
anugerah yang tidak terhingga dari Tuhan Yang Maha Esa
yang tiada seorang hambapun tidak merasainya
yang akan mengajar manusia erti kehidupan
yang akan memastikan kesinambungan
kaum manusia di muka bumi ini
dan juga sekalian makhlukNya.

by: abdullah bin laba'ah

Cerdiknya Pak Pandir!  

Posted by minz_tondekan in

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”

Sedarkah engkau wahai mahasiswa  

Posted by minz_tondekan in

mahasiswa
apakah mahasiswa itu?
siapakah mahasiswa itu?
apakah asas perjuangan mahasiswa itu?
cerminkanlah dirimu wahai orang muda
adakah diri ini tergolong dalam golongan mahasiswa?
adakah diri ini sedar, diri ini seorang mahasiswa?
kerana, menerjahnya langkahan kakimu masuk ke menara gading
melabelkan kamu sebagai seorang mahasiswa
biarpun cermin sebesar dinding rumah
kalau ia masih lagi tidak menyedarkan diri
apalah nasib empunya badan
diri ini bolehlah diibaratkan sampah di laluan orang ramai
dipijak, ditendang, dihaprak tidak berguna
oleh itu, sedarlah engkau mahasiswa
akan tanggungjawabmu kepada bangsamu.

mahasiswaku
berdirinya engkau di menara gading ini
bukan hanya untuk bersuka- suka
dan bukan juga untuk mengisi masa kosongmu
tetapi adalah untuk satu perjuangan
engkau merupakan pejuang masyarakat
umpama mujahidin barisan hadapan di medan perang
yang akan mempertahankan kedaulatan negara ini
yang akan memajukan tanah tandus ini
dan yang akan membangunkan bangsamu
seiringan dengan kemajuan bangsa- bangsa lain
di bumi yang berkepelbagaian bangsa ini.

mahasiswaku
engkau diibaratkan tembok
yang akan menghalang tanah ini dari dicerobohi
engkau diibaratkan tiang
runtuhnya engkau runtuhlah masyarakatmu
engkau juga diibaratkan kepala kereta api
yang akan membawa masyarakatmu maju kehadapan
sedarkah engkau wahai mahasiswa
akan senjata merbahayamu
senjata yang kini engkau masih sia- siakan
senjata yang masih lagi belum engkau gunakan
senjata yang masih lagi engkau simpan
itulah pemikiranmu
tidakkah engkau sedar wahai mahasiswa
engkau sebenarnya memiliki pemikiran yang tajam bak mata pedang
inilah dia senjatamu yang bisa membangunkan bangsamu
inilah dia senjatamu yang bisa mempertahankan tanah ini
engkau menghormati orang tuamu seolah- olah mereka pelindungmu
padahal mereka sebenarnya tidak berupayah langsung
bahkan mereka hanya mampu berdiri dibelakangmu untuk perlindungan
maka, sedarlah wahai mahasiswaku
akan tanggungjawabmu kepada kami semua.
engkau perwira, engkaulah harapan, engkaulah emas.

by: abdullah bin laba'ah

Jenaka Pendek (Kisah 5)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Kuda raja  

Posted by minz_tondekan in

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,

.
.
.
.
.
.

“Nak kena jentik lagi…??”

Jenaka Pendek (Kisah 4)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Pemilik Pisau Lipat  

Posted by minz_tondekan in

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

RTM Harus Angkat Karya Sastera  

Posted by minz_tondekan in

BIDANG kesusasteraan bukanlah setakat suatu medium untuk mengetengahkan bakat para penulis dalam bidang pengkaryaan puisi, gurindam, pantun, nazam, cerpen, novel dan buku semata-mata.

Sebaliknya, karya-karya sastera terutamanya yang dihasilkan oleh para pemikir, ahli akademik dan Sasterawan Negara mempunyai banyak nilai pemikiran serta semangat yang mampu untuk menjana jati diri masyarakat.

Sebab itu, adalah sesuatu yang amat merugikan apabila banyak khazanah sastera hasil nukilan para penulis tersohor di negara ini yang terperam begitu sahaja tanpa dikupas pengisiannya secara lebih meluas.

Sehubungan itu, semua pihak termasuklah stesen radio dan televisyen (TV) haruslah memainkan peranan demi mengembangkan lagi martabat seni bahasa Melayu dan nilai-nilai kemanusiaan yang banyak terkandung dalam karya-karya sastera tanah air.

Ini kerana, dua medium tersebut terutamanya stesen penyiaran milik kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan antara saluran yang berkesan dan sepatutnya menjalankan amanah serta tanggungjawab sosial tersebut.

Sayangnya, selepas 62 tahun RTM beroperasi tidak banyak, malah boleh dikatakan tiada langsung rancangan yang khusus untuk membincangkan karya- karya sastera diperuntukkan menerusi saluran TV sama ada di RTM1 ataupun RTM2.

Jika RTM boleh mewujudkan rancangan seperti Fenomena Seni di RTM1 yang khusus membincangkan masalah atau isu yang timbul dalam dunia hiburan tempatan, mengapa tidak dalam dunia kesusasteraan?

Adalah sesuatu yang amat merugikan apabila karya-karya Sasterawan Negara seperti Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang yang bukan sahaja dikagumi di negara ini tetapi turut diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa dibiarkan begitu sahaja tanpa dikupas pengisiannya.

Selain menyediakan banyak rancangan berbentuk hiburan, TV realiti, drama dan berita semasa, kini sudah sampailah masanya RTM menyediakan pula sebuah rancangan khusus bagi membincangkan karya-karya sastera di salah satu saluran TV tersebut.

Banyak pengisian yang boleh dimuatkan menerusi program seperti itu, misalnya dengan cara membincangkan sesebuah karya sastera seperti novel serta mencari hala tuju dan mesej positif yang boleh dikongsi oleh para penontonnya.

Mungkin pengisian dalam rancangan seumpama itu dapat dimeriahkan lagi dengan cara menjemput penulis terkenal, tokoh budaya, pakar bahasa dan pensyarah universiti bagi mengupas sesuatu karya sastera yang akan dibentangkan.

Sebenarnya, perkara itu sudah lama dinanti-nantikan oleh para peminat sastera serta para aktivisnya yang pada masa sama meluahkan rasa bimbang mereka terhadap seni tersebut yang semakin dilupakan oleh generasi muda sejak akhir-akhir ini.

Presiden Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) misalnya, kesal apabila seni sastera Melayu semakin terpinggir sejak kebelakangan ini gara-gara sikap masyarakat yang terlalu mengejar kepada kemajuan sains dan teknologi.

"Bagi saya, jati diri itu bermula dengan bahasa ibunda kita. Lihat sahaja bangsa lain seperti Jepun, Perancis dan Indonesia yang amat memelihara bahasa ibunda mereka. Ini kerana, sastera berkait rapat dengan bahasa.

"Tetapi sayangnya, idealisme kami untuk membangunkan pemikiran bangsa yang diterjemahkan melalui karya-karya sastera kini semakin tidak didengari. Ini suatu malapetaka," katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Mungkin, dengan adanya sekelumit rancangan khas di RTM1 atau RTM2 yang cuba mengangkat martabat bahasa dan kesusasteraan Melayu, maka mungkin sekurang-kurangnya ia akan melambatkan proses pengikisan jati diri generasi kita pada masa depan.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA

Cinta Si Buta  

Posted by minz_tondekan in

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia?" Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "

Mendedahkan Didaktisme Dalam Puisi  

Posted by minz_tondekan in

DIDAKTISME atau unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberikan pendidikan merupakan elemen penting dalam memperluaskan lagi daya keintelektualan dan penghayatan para peminat seni tersebut.Unsur didaktisme misalnya, banyak diselitkan menerusi cerpen, novel dan juga puisi di mana ia bersatu dalam suatu gaya bahasa yang indah beserta jalan cerita bagi menyampaikan sesuatu pengajaran mengikut gaya seseorang penulis.

Gaya penulisan dan latar belakang seseorang penulis amat memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej berdasarkan pengamatan serta pengetahuan dalam bidang yang diceburinya itu.

Sebagai contohnya, seorang doktor akan lebih mudah untuk menulis puisi tentang nasib malang yang mungkin terpaksa dilalui oleh golongan miskin jika semua hospital kerajaan diswastakan ekoran kos perubatan yang kini semakin mahal.

Justeru, unsur didaktisme bukan sahaja penting dalam mengembangkan sumber ilmu pengetahuan, tetapi ia juga dapat mempelbagaikan lagi medium dalam dunia kesusasteraan yang amat luas skopnya.

Menyedari pentingnya peranan didaktisme dalam sastera termasuklah puisi, Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam) telah menganjurkan majlis Baca Puisi Kuala Lumpur, yang bertemakan Didaktisme & Kebenaran baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Ruang Legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur itu menghadirkan ramai penyair yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kerjaya.

Antara yang terbabit pada majlis itu ialah Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Datuk Abdul Rahim Abu dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup.

Prof. Rahman Shaari yang menjadi hos dan penyair utama pada majlis itu tidak menafikan betapa golongan terbabit mempunyai persepsi dan kebenaran tersendiri yang hendak diketengahkan mengikut bidang kepakaran masing-masing.

"Bagi saya, kebenaran itu sesuatu yang umum sifatnya. Tetapi apabila ia dibicarakan oleh seseorang mengikut bidang masing-masing, maka kebenaran yang cuba diketengahkannya akan menjadi lebih jelas lagi.

"Sebagai contohnya, seorang mufti tentunya akan mengetengahkan tentang unsur-unsur kebenaran dalam puisinya berdasarkan hukum-hukum Islam. Begitu juga dengan tokoh-tokoh lain," katanya ketika ditemui selepas majlis itu berakhir.

Sebagai aktivis puisi dan ahli akademi beliau turut tidak terkecuali dalam menyerlahkan unsur-unsur didaktisme mengikut pemerhatiannya menerusi puisinya yang berjudul Resah Cincin yang sarat dengan mesej tersirat.

Prof. Rahman misalnya, menggunakan cincin yang dipakai di jari kanan dan kirinya pada majlis itu bagi menyampaikan mesej puisi tersebut yang secara amnya lebih banyak berkisar tentang dunia politik era tahun 1970-an hinggalah masa kini.

Fahaman sosialisAntara lain beliau menggambarkan bahawa pemakaian cincin di jari tangan sebelah kanan sedikit sebanyak menggambarkan tentang 'keselesaan' si pemakainya, berbanding jari tangan kiri yang lebih bersifat 'pembangkang'.

"Kalau pada tahun 1970-an dulu, elemen kiri dalam politik mungkin lebih menjurus kepada fahaman sosialis. Tetapi pada masa hari ini dalam suasana politik yang tidak menentu, apa-apa fahaman dan parti politik tidak menjadi halangan.

"Ramai orang semakin berani bersuara, boleh lompat parti dan sebagainya. Saya cuba menyampaikan mesej itu menerusi bait-bait terakhir puisi itu yang antara lain berbunyi, jari hantu pun tidak mengapa," jelasnya.

Sengsara dan Kintalo Dengan Telur Emas merupakan antara judul sajak deklamasian Prof. Rahman yang sarat dengan unsur sindiran serta pengajaran di mana ia cukup rapat dengan tema baca puisi pada malam tersebut.

Dr. Mohd. Asri yang mewakili tokoh agama turut tidak terkecuali mendeklamasikan sajaknya yang berjudul Aku Rela dan Yang Benar Tetap Benar di mana ia memperluaskan lagi peranan mufti dalam menyampaikan dakwah.

"Kita tidak mahulah orang kata 'orang agama' hanya terbatas pada agama sahaja. Sajak juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah. Saya menulis sajak yang saya bacakan pada malam ini selepas dilantik menjadi mufti," katanya.

Malah, beliau memandang positif cadangan Prof. Rahman Shaari yang sebelum itu mahu mengangkat sastera terutamanya puisi supaya ia dapat diselitkan dalam khutbah-khutbah yang disampaikan ketika solat Jumaat.

Bagaimanapun, Dr. Mohd. Asri berkata, perkara itu agak sukar untuk direalisasikan kerana ada sajak memaparkan gaya bahasa yang sungguh puitis serta amat mendalam maksudnya di mana ia mungkin sukar difahami oleh para jemaah.

Meskipun tajuk asal yang dicadangkan oleh Prof. Rahman berjudul Menghadapi Kepalsuan tetapi majlis Baca Puisi Kuala Lumpur itu tetap berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh dengan kepelbagaian.

Perkara itu dapat dilihat menerusi puisi tradisional berjudul Burung Kenek-Kenek yang dideklamasikan oleh A. Rahman Amiruddin atau Farouk dalam gaya berlagu sambil diiringi alunan paluan gendang.

Penyanyi lagu-lagu alternatif dan novelis, Abot turut memvariasikan lagu gaya pembacaan puisi menerusi puisi Hati Hina karya Prof. Rahman Shaari dan Di Bawah Bintang Mengerdip (Datuk A. Samad Said) yang dilagukan.

Penyajak lain yang terbabit menjayakan majlis yang diacarakan oleh Mansor Abu Bakar itu termasuklah Datuk Dr. Hashim Yaacob, Raja Rajeswari Seetha Raman, Rahimidin Zahari, Rasdi Daud, Rogayah A. Hamid, Norain A. Rahman dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA

Pemotong Kayu Yang Jujur  

Posted by minz_tondekan in

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"...

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.

Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...

Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."

Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. "Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."

Pengarang Malaysia Perlu Berjiwa Besar  

Posted by minz_tondekan in

ADA satu pemahaman yang sangat sempit di kalangan khalayak sastera di Malaysia hari ini. Muncul pandangan bahawa kesusasteraan tanah air dan mungkin juga Nusantara tidak mampu melangkah jauh sebagaimana sastera Eropah, Amerika mahupun Amerika Latin.

Keberatan mereka berdasarkan alasan tidak ada perubahan bermakna dalam karya-karya semasa jika dibandingkan pengarang-pengarang Eropah dan Amerika Latin yang mendominasi Anugerah Nobel Kesusasteraan dan sebagainya.

Namun, benarkah persoalan itu sinonim dengan sastera Malaysia dan Nusantara hingga ke hari ini? Atau, kita ketandusan pengarang-pengarang berwibawa yang mampu memikul tanggungjawab kreatif secara keseluruhan untuk bergerak lebih jauh?

Satu isu yang menjadi topik hangat ketika memperkatakan sastera tanah air ialah ketiadaan pengarang yang berani menelusuri pelbagai kompleksiti dalam ekonomi, politik dan sosial untuk diangkat sebagai tema penulisan secara tuntas.

Mereka seolah-olah terbelenggu dengan peraturan dan kehendak khalayak sastera semasa yang menginginkan karya-karya yang ringan dan tidak `membebankan’ hingga tidak terlalu sedikit penulis yang berjiwa besar.

“Untuk menjadi besar, pengarang harus berfikir besar. Berfikir secara sasterawan besar. Bermimpilah, tapi di atas kenyataan dan persediaan. Aturlah projek besar. Kalau seorang penyair, jangan hanya mencoret sebuah sajak di tepi pantai.

“Bayangkan sebuah sajak yang ditulis di semua pantai Malaysia yang menjelmakan makna lautan, sejarah negara maritim ini dan juga manusia yang dibentuk oleh air,” kata Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Salleh pada Seminar Sasterawan Dalam Pembinaan Peradaban Malaysia baru-baru ini.

Seminar dua hari tersebut merupakan anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sempena Hari Seniman 2008 peringkat institusi seni tersebut.

Beliau berkata, pengarang-pengarang tersohor dunia mencipta nama dan mempunyai kekuatan luar biasa dalam kepengarangan kerana mereka mempunyai cita-cita, idea dan gagasan besar tanpa mengenal erti mengalah.

Katanya, pengarang Nikos Kazantzakis misalnya mengambil masa 20 tahun untuk menyambung naskhah Odessey oleh Homer atau Pablo Neruda menulis sajak panjang tentang keajaiban Macchu Picchu. Begitu juga Murasaki Shikibu menghasilkan novel pertama dunia, Genji Monogatari pada abad ke-10.

Sebenarnya, banyak contoh-contoh lain untuk lahir sebagai pengarang besar. Dalam perkembangan kesusasteraan Eropah, lahir penulis besar yang cuba mengubah keadaan dan bebas dari belenggu institusi keagamaan (gereja dan kehendak para padri) dalam berkarya.

Gustave Flaubert yang menghasilkan novel Madame Bovary (1857) misalnya dituduh sebagai tidak bermoral dan membawa unsur-unsur negatif kepada masyarakat hanya kerana melahirkan tulisan yang bertemakan sisi-sisi gelap dalam masyarakat Eropah.

Tuduhan sama diterima oleh D.H Lawrence selepas karyanya Lady Chatterly’s Lover diterbitkan hanya kerana dia memperkatakan isu-isu sosial dan kelemahan birokrasi.

James Joyce yang menghasilkan Ulysses, terpaksa menerbitkan karyanya itu di Perancis, kerana dianggap mengandungi unsur lucah yang bertentangan dengan nilai-nilai moral.

Bagaimanapun pengarang-pengarang tersebut berjaya menghasilkan karya yang besar dan memberi sumbangan mengkagumkan kepada kesusasteraan Eropah dan dunia kerana mempunyai keberanian untuk menentang arus dan institusi yang membelenggu.

Sebenarnya, jauh sebelum itu, sudah ada pengarang-pengarang tersohor dunia yang berani mengungkapkan tema-tema yang rencam tentang masyarakatnya. Daniel Dafoe di abad ke-18, misalnya berani menghasilkan novel tentang pelacuran di abad ke-16 melalui Moll Flanders.

Francois Rabelais dengan karya Gargantua and Pantagruel juga turut mengkritik tentang kepincangan manusia termasuk golongan birokrat di Eropah selepas era Pencerahan.

Ada banyak lagi pengarang tersohor dunia yang menjadi penulis agung kerana keberanian dan berjiwa besar. Geoffrey Chaucer pengarang abad ke-14 (sebelum Shakespeare) melalui karyanya Canterbury’s Tales, melukiskan keanekaragaman karakter manusia daripada yang baik hingga sosok pelacur.

Oleh itu, untuk menjadi pengarang besar, Dr. Muhammad menggariskan beberapa pendekatan. Antara lain beliau menyarankan supaya seseorang itu perlu menulis atau berkarya sebanyak mungkin. Dari yang banyak itu mungkin tumbuh karya yang unik dan luar biasa.

“ Bangsa yang banyak menulis membuktikan mereka wujud dan berfikir. Tanpa banyak buku dan banyak berfikir, kita akan menjadi satu bangsa yang boleh dimainkan zaman dan diktator yang pandai membaca akal orang,” tambah beliau.

Di sisi lain, beliau juga mencadangkan supaya penulisan yang berterusan perlu dilakukan oleh pengarang sebagai latihan berkarya, sekali gus mematangkan seseorang.

Seseorang pengarang juga perlu berani bersaing dengan penulis-penulis lain di belahan dunia supaya tidak terus menjadi bangsa yang kecil. Untuk menang dalam saingan tersebut, buku-buku oleh pengarang agung diperkukan sebagai panduan serta rujukan.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, seharusnya kesusasteraan Melayu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri untuk menjadi sebahagian daripada sastera dunia meskipun ia bermula dengan tradisi lisan.

Ini kerana, sastera Melayu dipengaruhi oleh tamadun-tamadun awal dunia iaitu Hindu dan Buddha. Seterusnya Islam, yang menggunakan medium kesusasteraan untuk memperkasakan ketauhidan segenap ajarannya.

“Persoalan sastera lisanlah yang meletakkan masyarakat Melayu dalam pertanyaan; adakah mereka mempunyai tamadun kerana pada perkembangan awal, mereka tidak mempunyai tulisan dan seni bina seperti peradaban lain.

“Islamlah yang memulakan tradisi tulisan dalam persuratan Melayu secara menyeluruh. Walaupun sebelum itu terdapat tulisan-tulisan seperti Pali, Kawi, Palawa dan sebagainya, namun ia tidak diterima oleh masyarakat Melayu,” ujarnya.

Katanya, Islam jugalah yang menjadi inti kepada perkembangan persuratan di Nusantara yang bermula dengan karya yang sinonim dengan nilai-nilai tauhid, sufisme dan falsafah Islam.

Pada era kegemilangan kerajaan Islam Aceh di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda misalnya, unsur sufisme dalam persuratan wacana yang sangat hebat melibatkan pemikir-pemikir besar seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel dan Shamsuddin Al-Sumatrani.

“Tradisi persuratan yang kukuh inilah sewajarnya menjadi asas kepada pembinaan yang kukuh untuk kesusasteraan moden Malaysia hari ini untuk menjadi sebuah tradisi yang kuat,” katanya.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, Rohani Md. Yousoff yang memperkatakan kertas kerja bertajuk Peradaban Islam Dalam Teater: Tinjauan Teater Fitrah Noordin Hassan berkata, Sasterawan Negara itu berjaya membebaskan dirinya daripada gaya pengkaryaan Barat.

Sebaliknya, beliau menggunakan naluri berasaskan agama, pengalamannya sendiri diisi dengan peradaban Islam dan budaya Malaysia yang dikenali sebagai Teater Fitrah.

“Untuk membezakan falsafah Barat dan Teater Fitrah ialah keyakinan kepada hakikat Islam bahawa manusia berkehendakkan mereka beriman kepada Allah dan dia berdakwah melalui teater,” katanya.

Kesimpulan mudah yang ditekan oleh Rohani ialah penggunaan ancuan sendiri dalam berkarya tanpa mengira genre. Dan, beliau mengambil contoh Sasterawan Negara Nordin Hassan sebagai contoh.

Sama seperti pandangan Dr. Muhammad dan Dr. Anwar, Rohani juga melihat kelahiran naskhah dan karya besar mesti diiringi oleh jiwa serta cita-cita besar seseorang untuk melahirkan karya yang terbaik.

Sementara itu, budayawan dan ahli akademik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling ketika menyampaikan ucaptama seminar tersebut berkata, untuk mendapat ilham ke arah daya cipta yang luar biasa serta mengkagumkan, ia memerlukan pelbagai pendekatan serta anjakan.

Aspek yang perlu dilaksanakan ialah pembinaan alam fikiran yang meluas, holistik dan mendalam sebagai alat pengamatan ke atas fenomena alam dari perspektif baru dan berlainan.

“Keupayaan membina satu pandangan dunia (world view) yang menyeluruh dari perspektif yang luas akan luas akan dapat memberi sudut pandangan baru terhadap fenomena alam dan manusia.

“Pembinaan alam fikiran yang holistik dan menyeluruh inilah menjadi permulaan kepada tanggapan serta gagasan yang mengalih suatu sudut pandangan kepada yang lebih baru,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, para sasterawan dan pengarang sangat memerlukan sudut pandangan lain dan baru untuk dapat mencipta karya yang berhasil dan revolusioner.

Landasan kepada kepada pembaharuan tersebut ialah minda yang sedia menerima ilmu yang cukup mendalam dalam sesetu bidang yang relevan serta berkaitan dengan tumpuan perhatian dan keinginan diri.

“Disinilah terbitnya sumbangan terhadap pembinaan peradaban di kalangan sastera dan sasterawan,” tambah beliau.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA

PENJAJAH BANGSAT...!!!  

Posted by minz_tondekan in

Heii.. penjajah bangsat!!!
Kehadiran kalian tak kami undang
Membenarkan kaki-kaki kezaliman
Berpijak di bumi mulia ini tak kami izinkan
Kekejaman yang pernah kalian bawa di negeri asing
Mengajar kami erti kemerdekaan
Mendidik kami erti kebebasan
Memaksa kami pertahankan tanah air yang kami dirikan

Cis... penjajah bangsat!!!
Nyahkan diri kalian daripada bumi mulia ini
Hapuskan nafsu kotor kalian bagi menghancurkan bangsa kami
Jauhkan ideologi kafir kalian dalam menghancurkan ajaran kami
Semua pasti kami tentang dengan kudrat bangsa
Demi pertahankan maruah agama juga negara

Heii... penjajah bangsat!!!
Kami bisa menentang kalian
Walau hanya sebilah keris ditangan
Semangat perjuangan takkan kami undurkan

Allahuakhbar... sentiasa kami laungkan
Perisai batin sejak berzaman
Takkan gentar bom dilempar kalian
Takkan gusar meriam buatan kalian
Takkan pengecut dek peluru tak bertuan
Akan kami lawan... akan kami pertahankan
Tanah sekangkang kera akan kami lindungkan
Daripada tsunami kezaliman yang kalian agung-agungkan



By : Gerhana Bulan

Jenaka Pendek (Kisah 3)  

Posted by minz_tondekan in

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah melukai jari
saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Usaha Memartabatkan Seni Sastera Harus Berterusan  

Posted by minz_tondekan in

DUNIA hari ini sedang melangkah dalam kurun ke-21. Ia juga merupakan milenium ketiga yang diramalkan akan membawa perubahan besar terhadap struktur ekonomi, kekuasaan dan kebudayaan dunia termasuk aspek nilai kemanusiaan.

Fenomena paling menonjol yang sedang terjadi pada kurun ini adalah proses globalisasi yang disebut oleh pemikir Alvin Toffler sebagai gelombang ketiga (third wave), setelah berlangsung gelombang pertama (pertanian) dan gelombang kedua (industri). Perubahan yang demikian menyebabkan terjadinya pergeseran kekuasaan daripada pusat kekuasaan yang bersumber pada tanah, kemudian kepada kapital atau modal, selanjutnya (dalam gelombang ketiga) kepada penguasaan terhadap informasi (ilmu pengetahuan dan teknologi).

Proses globalisasi ini lebih banyak ditakuti. Oleh kerana rasa takut dan cemas yang berlebihan itu, perkiraan yang dilakukan cenderung bersifat defensif dengan meletakkan diri sebagai subjek dalam proses perubahan tersebut.

Bagaimana dengan bahasa dan sastera? Apakah yang terjadi dalam konteks Malaysia ketika berhadapan dengan globalisasi? Apakah yang harus dilakukan dan kebijasanaan yang bagaimana perlu diambil dalam hubungan sastera, pembinaan korpus keilmuan dan dunia tanpa sempadan tersebut?

Mitos yang hidup selama ini tentang globalisasi adalah bahawa proses itu akan membuat dunia seragam. Ia akan menghapuskan identiti. Kebudayaan tempatan dan etnik akan ditelan oleh kekuatan budaya besar atau kekuatan budaya global.

Globalisasi dikatakan telah ditandai dengan kemajuan teknologi komunikasi dalam membina sempadan-sempadan dan jarak menjadi hilang serta tidak berguna. Ia juga telah membuat kurangnya peranan kekuasaan ideologi dan kekuasaan negara.

John Naisbitt dalam bukunya Global

Paradox memperlihatkan hal yang bersifat paradoks dari fenomena globalisasi. Di dalam bidang ekonomi, misalnya, beliau mengatakan "semakin besar dan semakin terbuka ekonomi dunia, perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana akan mendominasi".

Walau apapun pandangan, sastera merupakan suatu medium pengkaryaan yang antaranya meliputi genre puisi, cerpen dan novel telah banyak membantu memperkasakan pemikiran serta jati diri masyarakat dan nilai keislaman di negara ini.

Sejak era Kesultanan Melayu Melaka kira-kira 500 tahun lalu lagi atau jauh sebelum itu dalam tradisi sastera Islam di Aceh, kesusasteraan Melayu sudah mula berakar umbi demi melaksanakan matlamat tersebut.

Justeru, peranan sastera dalam penyerapan aspek pemikiran dan pembentukan jati diri buat para penggemarnya dilihat sebagai suatu modul serta proses yang tiada penghujungnya supaya hasrat murni itu dapat dicapai pada masa depan.

Menurut Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhammad Salleh dari Universiti Sains Malaysia, perkembangan seni sastera juga haruslah dibiarkan berjalan seiring dengan keperluan zamannya dan patut diletakkan di tempat yang terhormat supaya ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat itu, pelbagai perancangan haruslah dilakukan, misalnya dengan menggalakkan lebih ramai penulis menghasilkan genre-genre kesusasteraan.

“Pertamanya kita (penulis) haruslah menulis sebanyak mungkin karya sastera. Daripada situ, mana tahu akan muncul karya-karya hebat seperti Hikayat Hang Tuah atau Sulalatus Salatin. Bangsa yang tidak menulis dalam jumlah yang banyak tidak akan wujud di pentas dunia.

“Cara itu akan menyumbang kepada sudut pandangan dan fikiran kepada perkembangan semasa,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Sasterawan Dalam Pembinaan Peradaban Malaysia di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, proses pengkaryaan hasil-hasil seni sastera yang berterusan antara lain akan dapat membantu memperkembang- kan bakat dan penciptaan karya-karya yang lebih bermutu.

Sikap berdaya saing serta memerah idea dengan gaya yang tersendiri juga haruslah ada pada kalangan para penulis sastera tempatan jika mereka mahu memperluaskan lagi pengutaraan idealisme mereka ke peringkat yang lebih jauh lagi pada masa depan.

“Kita mahu melahirkan karya-karya seperti yang dihasilkan oleh Thomas Mann, Po Chu-I, Murasaki Shikibu atau Dostoevsky kerana pencapaian seni dan pemikiran mereka yang tinggi. Pemikiran ini mampu membuat kita merenung jauh ke dalam diri dan takdir dalam masyarakat manusia,” ujarnya.

Para karyawan seni terutamanya golongan muda juga katanya haruslah berani berkarya selain bersedia menerima kritikan bagi mempertingkatkan lagi mutu sastera, misalnya daripada pengkritik yang tajam sifat kritikannya.

Prof. Dr. Muhammad contohnya, berasa bersyukur dan bangga kerana adanya karyawan seperti Baha Zain yang sedikit sebanyak membantu dalam proses perkembangan sastera menerusi genre esei dan puisi seperti yang bertajuk Tentang Penulisan dan Persekitarannya.

Oleh kerana kritikan mungkin kurang, maka penulis muda haruslah memikirkan sesuatu supaya kritikan sastera yang dilontarkan tidak akan menyisihkan mereka daripada bidang tersebut.

“Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa tindakan, antaranya mereka (penulis) muda haruslah lebihkan membaca karya-karya sastera agung, pembacaan puisi secara berkumpulan dan jemput pengarang berpengalaman bagi memberi pendapat mereka tentang sesuatu karya sastera.

“Sebab itu, saya yakin martabat seni sastera akan tercapai sekiranya karya-karya kita tinggi mutunya dalam pemikiran dan besar maknanya buat para penggemarnya. Semua itu harus datang dengan kerja keras beserta pengalaman,” katanya lagi.

Aktivis sastera, Prof. Rahman Shaari yang mengetengahkan topik bertajuk Akar Diri dan Kemajuan pada seminar itu lebih memfokuskan pada genre puisi dalam menjana kemartabatan dalam bidang kesusasteraan tanah air.

Jelasnya, maksud peradaban yang menjadi kunci dalam tema seminar itu membawa maksud yang amat besar di mana ia antara lain berdasarkan aksiomatik iaitu kita mengetahui tanpa perlu ditunjuk-tunjukkan buktinya.

“Bukti itu terlalu nyata. Dalam hal ini, saya mahu menekankan sudut pendidikan dan saya khususkan pada hubungan anak dan ibu bapa. Jika anak-anak tidak dididik dengan betul, maka apabila besar nanti mereka tidak akan mengamalkan nilai-nilai kesopanan,” katanya.

Bagi menguatkan lagi hujahnya itu, Prof. Rahman memberi contoh terhadap puisi terkenal karya Raja Ali Haji yang menyebutkan hal ini dengan jelas biarpun kata-kata yang dipilihnya bersifat amaran.

Antara bait-bait puisi Raja Ali Haji itu seperti berikut:

Jika anak tidak dilatih

Apabila besar bapanya letih

Antara lain, Rahman berkata, pengutaraan puisi seperti itu cukup penting dengan gaya bahasanya yang bukan bersahaja tetapi mempunyai maksud yang jelas dalam konteks pembinaan pemikiran dan sikap dalam sesebuah masyarakat.

Tidak kurang menariknya, apabila Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya melontarkan pendapatnya tentang struktur organisasi kesusasteraan tempatan yang belum dibangunkan secara menyeluruh.

Dalam hal ini, beliau memberi perbandingan perkembangan serta aktiviti keseusasteraan seperti majlis deklamasi puisi atau pementasan teater tidak banyak diadakan di luar Kuala Lumpur.

Bandar-bandar kecil di kawasan pedalaman katanya, seolah-olah terpinggir daripada arus perkembangan dunia kesusasteraan yang meliputi

para penggemarnya di merata-rata tempat.

“Gapena (Gabungan Penulis Nasional Malaysia) misalnya lebih berpusat di Kuala Lumpur sahaja. Sebab itu, bagi mengangkat martabat sastera ke peringkat yang lebih luas usaha juga harus dijalankan di semua peringkat termasuklah kawasan luar bandar.

“Selain itu, saya dapati tidak banyak pihak yang sanggup mengangkat karya-karya sastera seperti novel untuk diadaptasi ke layar perak. Ini juga suatu proses yang penting bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Seminar anjuran Aswara dan Gapena itu diadakan sempena sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang disambut pada 29 Mei lalu.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA

BEBASKAH ENGKAU..???  

Posted by minz_tondekan in

Ku renung awan putih itu
Perlahan-lahan bergerak arah utara
Dan “bebas” membentuk pelbagai rupa
Ku lihat semut merah itu di jendela
Perlahan-lahan membawa gula ke sarangnya
Dan “bebas” bertegur sapa dengan rakannya
Ku dengar kicauan burung di luar jendela
“bebas” menyanyi penghibur dunia
Adakah “bebasnya” mereka bererti merdeka???

Engkau tidak tahu yang awan putih bisa mendung
Engkau jua tidak tahu awan itu bisa menurunkan hujan
Engkau tidakkan menyangka semut merah itu akan mati
Mati dek manisnya sebutir gula
Mati dek disembur racun serangga
Engkau tidak sekali-kali mengerti hilangnya penghibur dunia
Terperangkap di dalam sangkar buatan manusia
Adakah itu merdeka namanya???

Sudah cukupkan hanya engkau berkata “aku sudah merdeka”
Sudah cukupkah engkau percaya “negara sudah merdeka”
Sedangkan engkau tidak pernah peduli
Bahkan... engkau tidak mengerti kebebasan dalam diri
Engkau biarkan dirimu hanyut dek ombak tsunami
Hingga engkau lemas dalam kehancuran duniawi
Bebaskah engkau kini...???



By : Gerhana Bulan

TAK MAHU MENANTU!!!  

Posted by minz_tondekan in

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?

Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah…….

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan
menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.

Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI
MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"

Sastera Bawa Budaya  

Posted by minz_tondekan in

KENAPA kalangan sasterawan menentang pemilihan novel popular tempatan sebagai teks sekolah? Tentu saja ini bukan disebabkan oleh rasa cemburu kerana novel-novel popular tentang kisah cinta kitar semula dan klise ini mencatatkan jualan yang besar.

Ini juga bukan kerana wujud kelompok antara penulis karya popular dan karya yang mengungkap pemikiran yang lebih besar. Penentangan atau kebimbangan kalangan sasterawan dan budayawan tentu disebabkan oleh peranan sastera itu sendiri dalam sesebuah masyarakat.

Kalau kita pergi lebih jauh, sastera bukan sekadar bahasa yakni bahasa Melayu. Sastera dalam konteks budaya jauh melampaui bahasa kerana sastera akan membawa khalayak mengenali budaya sesuatu bangsa.

Budaya pula dalam konteks kita tentulah budaya Melayu yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi.

Maka novel-novel yang akan menjadi teks sekolah perlulah mempunyai kriteria mampu membawa khalayak menghayati budaya Melayu. Banyak novel popular ternyata tidak mampu membawa khalayak mengenali budaya Melayu dengan lebih mendalam.

Kita kena realistik bahawa pengajaran subjek sastera di sekolah bukanlah untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu. Ini kerana pemantapan bahasa Melayu dilakukan dengan adanya subjek Bahasa Melayu. Tetapi pengajaran sastera lebih kepada membina penghayatan pelajar atau khalayak kepada soal budaya dan peradaban bangsa.

Apabila mempelajari sastera di sekolah, penekanan diberikan kepada kajian tentang aspek sosial dan budaya. Ketika inilah usaha untuk menanamkan kecintaan khalayak kepada bangsa boleh diterapkan.

Misalnya kalau membaca novel Sasterawan Negara Usman Awang, kajian tentulah menjurus kepada menoleh perjuangan dan latar budaya yang melahirkan Usman Awang. Begitu juga kalau mengkaji antologi karya Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, bukan soal bahasa Melayu yang ditekankan tetapi pemikiran beliau yang ada hubung kait dengan budaya dan peradaban bangsa.

Kalau novel popular dikaji dari sudut yang disebutkan tadi, sudah pastilah kita tidak menemui nilai peradaban bangsa yang tinggi di sebalik kisah yang dikitar semula berulang kali.

Atas faktor yang sama juga idea untuk memasukkan sastera Inggeris di peringkat sekolah rendah harus dilihat dalam konteks di atas tadi. Sastera Inggeris sudah pasti mendorong pelajar mengenali budaya yang membentuk karya itu. Sekiranya sastera Melayu sudah mantap dalam kalangan pelajar sekolah, memasukkan sastera Inggeris tidak menimbulkan masalah. Tetapi kalau sastera Melayu belum dikenali, dibimbangi akan berlaku pelajar lebih mengenali diri orang lain daripada diri mereka sendiri.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA

INSAN SOLEH  

Posted by minz_tondekan in

(khas buat dirimu sahabat)

Nur illahi yang terpancar di wajahnya
Membuatku terfikir akan keagungan illahi
Betapa indahnya ciptaan Tuhan
Betapa mulianya kurniaan Tuhan
Membuatku tersenyum kekaguman

Dialah insan soleh yang berpijak di bumi Allah ini
Dengan penuh tawadhuk dan merendah diri
Hidup dengan penuh ketaatan pada illahi
Menegakkan syariat dan hukum rabbul-izzati

Lahirnya seorang insan soleh
Menjadi cahaya penerang dalam kegelapan
Pendorong umat hidup penuh keamanan
Menjadi contoh rakan dan taulan
Penyejuk mata bagi yang memandang

Nah... dialah insan soleh
Berjuang terus menegakkan panji-panji Nur illahi
Berjuang terus menegakkan kalam-kalam illahi
Berjuang terus mempertahankan syahadat sejati

Wahai insan soleh
Lahirmu disambut dengan takbir illahi
Kedatanganmu ku sambut dengan keikhlasan di hati
Izinkan aku menjadi peneman sejati
Agar engkau tidak disakiti dan dibenci...


P/S penulis :
sajak ini ku tulis semenjak tahun pertama (sem 1) di Universiti Malaya.
tujuannya adalah untuk mengagungkan ciptaan Tuhan dan berasa bersyukur
kerana mempunyai teman-teman yang sangat baik dan menceriakan sepanjang
aku belajar di UM. Ya, “lidah mana tak tergigit, bumi mana tak ditimpa hujan”
itu semua lumrah dalam pergaulan. Yang pasti dalam menjalinkan persahabatan
haruslah taaruf, tafahum & takaful iaitu saling mengenali, saling memahami dan saling membantu..


By : Gerhana Bulan

Jenaka Pendek (Kisah 2)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut
saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab,"Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang
doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

AKU... DITINGGALKAN KEKASIH PUJAAN  

Posted by minz_tondekan in

Aku ada hati... aku juga ada perasaan...
Aku ada keikhlasan... aku juga ada kejujuran...
Namun, aku tetap punya kelemahan
Hal yang bersangkutan dengan fizikal luaran
Kerana itu aku telah ditinggalkan
Dan aku tidak lagi berpacaran
Apa lagi yang bisa aku lakukan..???

Oh Tuhan... tunjukkan aku jalan
Agar aku dapat terus bertahan
Bertahan dengan asmara kerinduan
Kerinduan yang amat mengasyikkan
Kerinduan yang amat memeritkan
Kerinduan yang menjerut akal fikiran
Hingga bertemu jalan kebuntuan
Jalan kebuntuan yang menghancurkan masa depan

Oh kalbuku... dimanakah ubat penawar bisa untuk ditelan
Setelah engkau dilukai bisa kerinduan
Setelah engkau ditikami belati kebencian
Tidak ada insan yang mampu bertahan
Setelah ditinggalkan kekasih pujaan



“Berlari-lari ombak membasahi kaki,
Membasahi kaki anak nelayan,
Aku belajar berbesar hati
Setelah ditinggalkan kekasih pujaan”




By : Gerhana Bulan

Tok Batin dan Polis Trafik  

Posted by minz_tondekan in

Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Iban telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
"Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.."
"Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.

Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.

Tok Batin dengan muka selamba dan tak peduli terus saja memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.

"Oii, ape ni! Nak bunuh orang ke?! Berhenti depan kita macam ni! Tengok belakang kita ade dua orang anak buah kita. Kamu takpa la pakai topi keras, yang kita ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kita mati?!" marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu.
Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak Belakang motor kita dah penuh dua orang, mana boleh tumpang lagi!!"

Blogger, Penulis-penulis Yang Gagal?  

Posted by minz_tondekan in

MEDIA blog pertama kali dipopularkan Blogger.com yang dimiliki oleh PyraLab sebelum ia diambil alih oleh Google.Com pada akhir tahun 2002.

Pelbagai pembaharuan dibuat oleh Google.Com terhadap media tersebut hingga banyak aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia boleh sahaja sebuah catatan harian, media untuk memuatkan tulisan-tulisan ilmiah, wacana perdebatan, kempen politik, program-program media dan penulisan karya-karya sastera.

Banyak juga weblog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya yang membenarkan para pengunjungnya untuk meninggalkan pendapat daripada tulisan yang dimuatkan. Namun demikian ada juga yang yang bersifat tidak interaktif.

Blog sebagai indikasi kemajuan penulisan di Malaysia khususnya sedang melanda para pengguna Internet. Ruang maya tersebut menjadi medium alternatif untuk berkarya, berbahas dan sebagainya.

Namun, muncul pertanyaan adakah karya para blogger merupakan tulisan kelas kedua dan sekadar bersifat sampah? Atau ia hanya memuatkan tulisan yang sama sekali tidak bermutu.

Menurut penulis, Nisah Haron, karya-karya blog dan para blogger bukanlah penulis kelas kedua yang tulisan mereka gagal mendapat tempat di Beliau berkata, justeru blogger juga mampu menghasilkan karya yang baik dan mempunyai kekuatan tersendiri dan merupakan perkembangan positif terhadap kesusasteraan Malaysia hari ini.

Malah, penulisan blog berjaya ‘meruntuhkan’ hipotesis pengkritik sastera Perancis, Roland Barthes yang mengutara pandangan kematian pengarang pada sejak 1967.

Sejak itu wacana tentang kematian pengarang Barthes tersebut tidak pernah selesai diperdebatkan. Selain Michael Foucault, boleh jadi sudah ribuan orang mengkritik atau menerima hipotesis tersebut sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Dalam The Death of the Author, Barthes mengemukakan, pengarang seharusnya menyerap ke dalam teks dan seterusnya menghilang begitu sahaja. Jadi, ketika pembaca menafsirkan teks, mereka tidak lagi menemukan jejak pengarang. Teks yang lahir menghalang jarak pandang pembaca ke pengarang.

Pembaca jua mempunyai kebebasan besar menafsir teks. Mereka berhak memberi makna apa pun tanpa perlu dibayangi pengarang. Kesan daripada kematian pengarang adalah kelahiran pembaca.

“Hipotesis Barthes tersebut dengan kewujudan blog pengarang. Interaksi dan perbincangan lanjut antara pengarang dan pembaca dapat berlangsung. Bagi pengarang, hal ini amat bermakna.

Ini disebabkan bukan mudah bagi pengarang mendapatkan maklum balas secara terus ataupun masa nyata daripada pembaca. Melalui blog juga, pengarang itu hidup dan pembaca dapat membaca sesuatu yang terdapat di sebalik sesebuah teks atau karya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Astaka Minda, Penulis dan Blog: Trend Masa Kini yang berlangsung di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Panel lain forum tersebut ialah penulis blog, Jiwarasa dan Is dipengerusikan oleh pensyarah Universiti Putra Malaysia, Shamsuddin Othman.

Nisah berkata, blog bukan sahaja menjadi medium untuk interaktif karya-karya kreatif antara penulis dan pengarang, ia juga mampu menjadi laman untuk pemasaran karya dan promosi sastera.

Melalui blog, pengarang dapat memperincikan tentang karya terkini dan karya-karya yang mempunyai kewajaran untuk dibaca. Ini kerana sesetengah penerbit atau kedai buku tidak dapat membuat promosi berterusan untuk seorang penulis sahaja.

“Oleh itu blog sangat berguna untuk membolehkan pengarang mengambil sifat proaktif dengan membuat promosi buku-buku sendiri. Pengarang harus percaya bahawa buku-buku merupakan karya terbaik dan percaya bahawa dia ialah pengarang terbaik,” tambah beliau.

Di sisi lain, Nisah memperlihatkan, penulisan blog di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang amat pesat meskipun ia pertama diperkenalkan sekitar 1997.

Tersohor

Penulisan blog mulai disertai oleh penulis-penulis tersohor tanah air. Mereka bukan hanya berkarya, mempromosi tetapi juga menganjurkan wacana maya tentang sastera tempatan atau antarabangsa dengan baik.

Selain itu, blog-blog berkenaan juga menjadi medium untuk membolehkan para pengunjung memasuki blog penulis-penulis tersohor lain termasuk pengarang terkenal dunia.

“Tidak adil jika kita menganggap karya-karya penulis blog tidak bermutu dan hanya sebuah pelarian kerana karya mereka gagal diterbitkan oleh media arus perdana.

“Kenyataannya hari ini, karya-karya blog cukup baik dan mereka berjaya mewujudkan khalayak pembaca mereka tersendiri dengan jumlah yang agak besar,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Nisah berkata, pengarang, syarikat penerbitan dan para teknokrat sastera tanah air perlu mempertingkatkan teknologi dan penggunaan blog bagi memperkayakan dunia kreatif.

Jika tidak, kelompangan tersebut mungkin diisi oleh pihak yang mahu menghancurkan bahasa Melayu dengan meleluasakan bahasa rojak, bahasa SMS dan menjadikan bahasa Melayu tidak lagi dihormati di ruang maya.

Sementara itu, Jiwarasa berkata, pengguna Internet yang kian meningkat setiap tahun di negara ini merupakan peluang yang sangat terbuka untuk memperkayakan sastera tanah air.

Tahun lalu menunjukkan lebih 13.5 juta orang pengguna Internet di Malaysia berbanding sekitar 11 juta orang pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan 8.9 peratus. Dan, hingga Februari lalu, terdapat 108 juta weblog di seluruh dunia.

Jumlah pengguna yang besar tersebut dapat digunakan oleh para blogger untuk memperluaskan karya-karya sastera Melayu dan memperkuatkan strategi pemasaran tulisan mereka.

“Selain dapat memperkuatkan sastera Melayu, jumlah pengguna Internet yang besar tersebut dapat memperluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa blog.

“Kini peratus bahasa blog ialah Jepun (37 peratus), Inggeris (33 peratus), Cina (lapan peratus), Itali (tiga peratus) dan Parsi (satu peratus) tapi bahasa Melayu terlalu kecil,” katanya.

Di samping itu, peratus bahasa Melayu untuk mengakses buku di Internet juga sangat kecil hingga memaksa pengguna terpaksa menggunakan bahasa Inggeris.

Seperti dijelaskan oleh Nisah dan Jiwarasa, penulisan karya dan penggunaan bahasa Melayu di blog mempunyai cabaran tersendiri terutama ketika masih wujud pandangan negatif bahawa mereka merupakan penulis kelas kedua.

Namun, kedua-duanya menegaskan, pandangan negatif tersebut justeru merupakan cabaran kepada para blogger.

Jika meminjam pendapat sejarawan Arnold Toynbee dalam tulisannya The New Europe: Some Essays in Reconstruction, ia merupakan ‘cabaran dan jawapan’ yang akan mengarah kepada perkembangan ilmiah sesebuah bangsa.

Ini blog menawarkan banyak manfaat. Jika mahu melihatnya secara objektif, ia adalah adalah dunia yang sama sekali baru, menarik dan menawarkan banyak peluang dalam pelbagai bidang termasuk kewangan serta ekonomi.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA

Sekeping Kertas Putih  

Posted by minz_tondekan in

Hari itu aku duduk di bawah jambatan dekat dengan hujung kampungku. Di bawah jambatan itulah aku dengan kawan-kawan selalu bermain, berjenaka, serta berangan-angan tentang masa depan kami kelak. Di bawah jambatan itulah juga kami sering bersembunyi selepas mencuri buah mangga dekat kebun Pak Samad. Semua itu bagaikan semalam baru berlalu. Kalau dikira-kira sudah hampir 9 tahun perkara itu berlalu dan kini semua itu seperti sudah menjadi sejarah seperti mana gugurnya dedaun yang dibawa aliran sungai hingga ke hilir seterusnya hanyut ke lautan yang luas.

Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Jantungku seakan-akan terhenti apabila membuka slip keputusan peperiksaanku. Jangankan nak dapat semua ‘A’, malah satu A pun aku tak dapat malah kertas Sejarah dan matematikku gagal manakala 4 subjek lain hanya setakat lulus. Cuma kertas Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Islam saja yang dapat 3B. Kalau ikutklan hati, mahu saja aku menangis di depan semua orang, tapi kerana keegoan seorang lelaki aku pendamkan saja rasa sedih dan kecewaku itu.

Di bawah jambatan itulah aku hamburkan segala kekecewaanku. Air jernih yang menitis daripada kelopak mataku sengaja aku biarkan. Biarlah aku hanyut bersama kesedihanku seperti mana hanyutnya segala “kedegilan” yang menimpa Aceh pada 26 Disember 2004 dek angkara Tsunami. Seingat aku, inilah kali pertama aku menitiskan air mata sejak kematian ayahku dua tahun yang lepas. Pada masa itu, aku telah berjanji di depan jenazah ayahku untuk mengubah kehidupan kami sekeluarga.

Namun, aku berasa seperti telah mengkhianati sumpah dan janjiku kerana aku gagal mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Aku masih teringat kata-kata Cikgu Balqis kepada diriku beberapa waktu dulu,
“Apa nak jadi dengan kamu ni Halim, selalu je tidur kat dalam kelas, kamu tak kesian ke dengan mak dan ayah kamu mencari rezeki untuk menyekolahkan kamu? Kamu tahu tak, dengan ilmu pengetahuan sajalah yang dapat mengubah nasib kamu sekeluarga”.
Kata-kata Cikgu balqis itu sangat menyakitkan telingaku namun kerana terlalu mengantuk aku tertidur semasa cikgu Balqis sedang meleteriku.

Sebenarnya bukan niatku untuk tidur di dalam kelas, tapi aku terpaksa bekerja sebaik sahaja pulang dari sekolah. Kalau diikutkan, hampir semua kerja dalam kampung telah aku buat, kecualilah mencuri kerana aku masih waras dan bukannya seorang yang terlalu terdesak untuk mengambl jalan mudah dalam mencari sesuap nasi. Bagiku, biarlah kami sekeluarga terpaksa makan ubi kayu setiap hari asalkan makanan itu datang daripada hasil yang halal.

Sedang aku asyik mengelamun mengenangkan nasib yang tak sudah, hembusan angin yang lembut menyapa pipiku. Kemudian, kulihat angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu menerbangkan sekeping kertas putih yang datangnya entah dari mana-mana. Kuambil kertas putih itu dan kulihat kertas putih itu masih dalam keadaan yang bersih sebagaimana bersihnya hati seorang bayi yang baru mengenal dunia.

Entah mengapa kertas putih itu tiba-tiba mencetuskan ilham untuk aku mencoret bait-bait kata yang indah, seindah embun pagi yang memuput daun yang menghijau di pagi hari. Kertas yang asalnya kosong itu telah kutulis dengan sebuah puisi yang mana kuilhamkan daripada hatiku yang remuk redam mengenangkan nasibku yang malang agaknya.
Namun aku percaya Allah itu maha mengetahui dengan segala yang berlaku. Dugaan dan cabaran itu sebenarnya ingin menguji sejauh mana manusia itu beriman dengan Allah yang maha Khalik . Hatta orang yang kaya dan berpangkat turut diuji dalam bentuk harta dan amanah . Semua ini tidak lain hanya untuk menguji sejauh mana makhluk yang bernama manusia itu mensyukuri nikmat dan kurnia yang diberikan oleh penciptaNya.
Sebenarnya, aku pun tidak pasti bagaimana tanganku boleh cekap menulis bait-bait kata yang indah bak malaikat yang tidak pernah lupa dan lalai mencatat setiap amalan anak Adam sama ada baik dan buruk. Maha suci Allah yang menciptakan makhluknya dengan sebaik-baik kejadian.

Kini, sekeping kertas yang tadinya putih tanpa noda telah kupenuhi dengan dakwat pen yang mencatatkan sebuah puisi yang indah menurut firasatku. Benarlah kata arwah ayah padaku suatu hari dulu.
“Halim, kamu tau tak kain pelikat ini bermula dengan sekeping kain putih?” Kata ayah sambil mengunjukkan aku sehelai kain pelikat.
“Betulkah ayah? Halim ingat kain itu memang diciptakan begitu”. Dahiku berkerut sambil bertanya kepada ayah. Pada masa itu aku baru berusia awal 8 tahun dan aku tak mengerti apa yang ayah katakan.

Ayah memeluk dan membelai rambutku seraya tersenyum.
“Kalau Halim nak tau, begitulah umpamanya kita manusia, nak. Kita lahir ke dunia ini dalam keadaan yang luhur dan suci. Pengaruh dunialah yang mencorakkan kehidupan dan peribadi kita seperti mana kain putih yang kemudiannya dicorakkan dengan pelbagai warna dan corak lalu terhasillah kain pelikat ini”. Ayah memberitahuku seperti seorang tok guru menyampaikan pelajaran kepada anak muridnya.

“Oooohh…” Aku sebenarnya tak faham sangat apa yang ayah cakap.
“Dahlah, jom kita pergi surau. Nanti lambat pulak kita pergi surau. Azan dah berkumandang tu”. Ayah memimpin tanganku lalu kami bergegas ke surau.
Lamunanku bersepai apabila aku terdengar lantai-lantai jambatan dipijak oleh beberapa orang. Dan jantungku tiba-tiba berdegup kencang apabila terlihat salah seorang daripada mereka merupakan gadis pujaanku.

“Ika…”, mendengar nama itu sudah mampu membuat hatiku berbunga namun bertembung dengan seorang gadis bernama Syafika dalam keadaanku sekarang ibarat duri yang berbisa menusuk kalbuku.

Aku pernah berangan-angan untuk menjadikan gadis itu permaisuri hatiku namun apabila mengenangkan diriku yang serba kekurangan, Aku juga pernah bercita-cita untuk meluahkan rasa hatiku padanya setelah tamat SPM namun aku tak mempunyai kekuatan untuk meluahkannya. Kini, angan dan cita-citaku itu kusimpan jauh ke dasar hatiku kerana aku sememangnya tak layak untuk bertakhta di hati seorang bidadari yang bernama Syafika.

Biarlah aku buktikan kepada ibu dan arwah ayahku terlebiih dahulu bahawa aku mampu mengubah nasib kami sekeluarga sebelum aku buktikan ketulusan hatiku kepada Ika. Aku terpana apabila tiba-tiba ika menoleh ke arahku. Aku makin hilang arah apabila ika semakin menghampiriku dan aku dapat rasakan seluruh darahku seakan membeku apabila gadis pujaanku berada di hadapan mataku.

“Assalamualaikum…”, ucapan salam daripada Ika seakan-akan menyedarkan aku dari tidur yang panjang.
“Errr…Waalaikumsalam”, hanya ucapan itu yang mampu aku ujarkan sambil tangan kananku kemas memegang kertas yang telah kukarang tadi.
“Macam mana keputusan peperiksaan awak, Lim? Mesti awak lulus dengan cemerlang kan?” Ika menyapaku seraya melihat kertas yang telah kukarang tadi.
Aku dapat merasakan seperti satu tamparan yang halus tetapi penuh dengan racun berbisa hinggap ke pipi kiriku. Bisanya seperti menjalar ke seluruh urat saraf dan nadi-nadiku. Aku hanya tersenyum kelat sebagai membalas pertanyaan Ika tadi.
“Pandai awak mengarang puisi, boleh saya tengok?” Wajah manis itu seakan mencairkan keegoan seorang manusia bernama lelaki.

Aku mengunjukkan lembaran puisi yang telah kukarang tadi kepada Syafika dan aku dapat merasakan semua masalah aku telah hilang bak embun yang menghilang disinari mentari pagi apabila ika terenyum dan memuji hasil karyaku.
“Baik awak hantar karya awak Lim, mana tau boleh menang peraduan sayembara puisi?” Gadis itu tidak henti-henti memberi aku dorongan dan galakan.
“Tapi…Boleh ke saya hidup hanya dengan puisi?” Aku sendiri tidak yakin dengan soalan yang sedang aku ajukan.
“Lim..rezeki Allah itu ada di mana-mana, tidak kira lautan yang luas, di padang pasir yang gersang, ataupun di lurah yang paling dalam, rezeki Allah itu tetap akan sampai kepada para hambanya selagii mana manusia itu berpegang pada tali Allah. Tapi ingat, yang bulat itu tidak akan bergolek dan yang pipih itu tidak akan datang melayang. Jadi, terokailah nikmat dan hidayah Allah itu, nescaya awak akan mendapat petunjuk”.
Seraya itu, Ika terus pergi meninggalkan aku. Maka, tinggallah aku bersama sekeping kertas coretanku. Aku mula berfikir tentang apa yang ika cakap sebentar tadi.
“Bodoh betul lah aku ni, apasal pulak aku tanya soalan macam tu kat Ika tadi? Nampak sangatlah aku ni cetek ilmu”. Aku memarahi diriku sendiri kerana bertanyakan soalan yang aku anggap soalan bodoh.

Namun begitu, apabila difikirkan semula, ada betulnya juga apa yang ika cakap.
“Ya, aku bukan seorang yang gagal, aku boleh mengubah nasib keluargaku walau bukan dengan pendidikan yang tinggi. Rezeki Allah itu ada di mana-mana, kata-kata ika padaku sebentar tadi kujadikan azimat sebagai memulakan langkahku ke arah menuju kegemilangan.

Seperti yang aku jangkakan, perjalanan untuk menjadi seorang penulis memerlukan pengorbanan dan tahap kesabaran yang tinggi. Ditambah pula dengan keadaan keluargaku yang serba kekurangan. Aku terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan sampingan sementara menunggu hasil karyaku diterbitkan. Semua itu aku lakukan untuk menyara Ibu dan adik beradikku yang lain.

Setelah hampir sepuluh tahun bergiat dalam bidang penulisan, akhirnya segala kesabaran dan pengorbananku berbaloi apabila hasil karyaku mula diiktiraf dan banyak memenagi pelbagai hadiah dan penghargaan. Alhamdulillah, kini aku boleh menghadap pusara ayahku dengan perasaan bangga kerana akhirnya aku dapat menunaikan janjiku kepada arwah ayah untuk mengubah nasib kami sekeluarga.

Hari ini merupakan hari pelancaran antologi puisiku yang bertajuk “Sekeping Kertas Putih” yang mana tajuk ini aku ambil bersempena dengan sekeping kertas putih yang membawa aku untuk menghasilkan puisi pertamaku. Namun, aku percaya semua itu datangnya daripada Allah S.W.T .

Sehingga kini, terdapat satu persoalan yang masih membebani fikiranku. Adakah Syafika masih marah ataupun bencikah ika pada aku? Persoalan itu semakin lama kurasakan semakin mengganggu jiwaku. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba ekor mataku melihat satu wajah yang telah lama kurindukan selama bertahun-tahun. Apabila aku menoleh semula, aku hanya melihat himpunan orang ramai yang sedang lalu lalang di sekitar majlis pelancaran bukuku.

Aku tersenyum sendiri.
“Nampaknya aku dah gila bayang kat ika kot?” Gumamku sendirian.
Kali terakhir aku mendengar khabar tentang ika ialah semasa dia hendak melanjutkan pelajaran ke universiti, malah keluarganya juga turut berhijrah ke Kuala Lumpur. Kalau aku tak silap, ika melanjutkan pelajarannya kat Universiti Malaya iaitu sebuah universiti yang terletak di Kuala Lumpur.

Belum sempat aku mengelamun lebih jauh, beberapa orang penggemar karyaku datang untuk meminta autograf. Aku melayan mereka seadanya dan mereka sempat meminta untuk mengambil gambar bersamaku. Nak jadikan kenangan kata mereka.
Sedang aku tekun melayani penggemarku, tiba-tiba aku dapat menagkap satu ungkapan keramat yang menjadi azimatku sejak peristiwa di bawah jambatan sepuluh tahun dahulu. Kertas putih itulah yang menjadi saksi peristiwa itu.

“Kan saya dah cakap, awak boleh hidup hanya dengan puisi!” Aku tersenyum sendirian mendengar kata-kata itu dan kini aku mendapat jawapan pada persoalan yang menghantui hidupku selama ini…


by: aeman_yosi

Jenaka Pendek (Kisah 1)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Sekeping Tikar Tua  

Posted by minz_tondekan in

Tikar tua itu terdampar sendirian
Menanti sesuatu yang tak pasti
Seperti pungguk merindukan bulan
Seperti kemarau menantikan hujan
seperti kelam menantikan sinar

Tikar tua itu termenung sendirian
Dalam kegelapan dan kedinginan malam
Menghitung detik yang semakin berlalu
Menangisi masa yang tertinggal pergi
Menyesali waktu yang tidak mungkin kembali

Ibarat kata pepatah
Habis madu sepah dibuang
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
Begitulah juga nasibnya si tikar tua
Setelah penat menabur bakti
Hanya anai-anai menjadi teman

Namun,
Hanya satu yang aku percaya
Malam tidak akan selalu gelap
Mendung tidak akan selalu kelabu

Hilangnya malam, maka munculnya siang
Beraraknya mendung nan kelabu
Mentari muncul kembali menyinari dunia
Menerusi lubang-lubang kecil itu
Si tikar tua pasti menemui sinar bahagianya…



Oleh: aeman_yosi

Kisah Pak Pandir Moden  

Posted by minz_tondekan in

Alkisahnya..hebohlah satu kampung….Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dalam rancangan pagi di era, walaupun hanya kelas ekonomi…tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..Dipendekkan cerita.. hari dijanji telah tiba….Pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang…Apabila kapal terbang sampai…pak pandir pun naiklah.. terus saja masuk kapal terbang… pak pandir terus ambil tempat duduk.

Sebelum kapal terbang berlepas…pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas…kemudian pramugari nampak…. pak pandir duduk di kerusi bisnes class..setahu dia…. tak ada penumpang bisnes class hari tu...dengan budi bahasa pramugari tu tegurlah Pak Pandir… "Pak cik…pakcik… tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang.."? "eh.. bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.." (mana tak selesanya.. bisnes class..) ….mati akal pramugari tu.. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti..sakit kepala pilot yang menunggu lama nak berlepas..bingung kenapa masih belum ada isyarat kata 'OK' dari ketua pramugari.. Dia pun keluar tengok……. pramugari seorang tu pun cerita la kat pilot tu….

Pilot tu pun pergilah kat pak pandir.. "pak cik.. boleh tengok tiket?" pak pandir mengeluarkan tiket.. "oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?" "yer nak... " "tapi pak cik.. kerusi nii pi Sabah pakcik..,kerusi belakang tu baru pi KL!" "yerker nak…. nasib baiklah anak bagitau.."

SAUDAGAR BESAR DARI SUNGAI SUSU  

Posted by minz_tondekan in

Seragam putih itu begitu menarik perhatian. Malah sentiasa kemas dan bersih walaupun saban waktu terdedah dengan seribu satu macam warna. Putih itu kemudian bertukar merah, hijau, biru, kuning atau apa sahaja warna. Sungguhpun begitu, warna ini seakan memberi kepuasan baru. Dalam erti kata lain Daud Ikan mula jatuh cinta, dan keputusan Daud Ikan dirasakan tepat, malah dia langsung tidak menyesal kerana Daud Ikan punya semangat dan kemahuan untuk maju, berjaya, dan berilmu.

“Pedulikan cakap-cakap orang kampung, mereka tidak tahu apa yang betul untuk kamu, pergilah ibu restu, ingat jangan mudah menyerah kalah, jangan khianat kepada bangsamu, kenal asal usul” bertubi-tubi suara ibu menabur nasihat lewat petang itu. Daud Ikan pinjam kata-kata itu untuk bangun kemudian terjun ke dunia lain walaupun dia tidak punya kemahiran ke arah itu.. Bermulalah kehidupan Daud di hutan batu.

Daud Ikan belajar melalui dunia baru itu, menjadi kuli kuali, kawah, periuk, dan hamba beruk. Malangnya Daud terus dikenali sebagai Daud Ikan gara-gara kecenderungannya bercakap dengan ikan sewaktu berada di dapur, sedangkan hendak kenal jenis ikan pun Daud Ikan tidak pasti namun Daud tetap dikenali sebagai Daud Ikan atau D.I. Anak jati Kampung Susu ini yang jarang naik darah, lebih gemar menghabiskan masa melihat ikan dari makan ikan ini unik orangnya. Bagi D.I. ikan ada kaitan dengan hidup manusia.

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik berdarah dingin yang hidup dalam air, bernafas mengunakan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang pelbagai jenis dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Umumnya ikan tergolong dalam kelompok paraphyletic, sepsis ikan dibahagikan kepada beberapa kelas antaranya ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras ( kelas Osteichthyes ).

Ikan memiliki bermacam ukuran, mulai dari paus hiu yang berukuran 14 meter (45 ft) hingga stout infantfish yang hanya berukuran 7 mm (kira-kira 1/4 inci). Terdapat beberapa haiwan air yang sering dianggap sebagai "ikan", seperti ikan paus, ikan cumi dan ikan duyung, yang sebenarnya tidak tergolong sebagai ikan.

Selama D.I makan gaji di sebuah restoran di ibu kota, D.I sering berada dalam dilema. Setiap hari D.I menipu. Perasaan bersalah menghantui. Pernah suatu ketika, seorang senior membaling kek kepada D.I gara-gara dia enggan memasukkan wain atau rum ke dalam adunan kek. “Follow my order or I will kick you out from here!!” berang Mr.David bila mengetahui D.I. enggan melakukan arahan yang diberi.

Bagi D.I. kek yang masam itu bukan makanan manusia. Itu makanan jerung. Lantas D.I terfikir sejenak- jerung tergolong dalam kelas ikan yang bagaimana? D.I. keliru dan menyesal kerana dia sudah jarang menonton National Geographic sejak akhir-akhir ini. Fikir D.I lagi, manusia sekarang sudah tidak pandai menilai juga tidak sama macam ikan. Sebabnya mereka suka datang ke restoran-tempat D.I bekerja. D.I tetap dengan pemikiran tentang ikannya terus berfikir bagaimana manusia yang tidak macam ikan mahu menilai seperti ikan? D.I terus bingung.

Suatu ketika, selain dari masalah kek masam, D.I juga bengang dengan suasana kerja, bagi D.I., dia juga mahu ruang dan peluang sama rata dengan rakan-rakan yang lain. D.I, rasa jemu dengan karenah senior yang rata-rata hanya kaki ampu. Bermulut manis menjanjikan resepi yang terbaik dalam setiap tempahan. Walhal kek masam itu mengandungi macam-macam sampah. Ironinya kek sampah itu tetap dilabel sebagai kek tersedap. Gila.. Penilaian ikan kelas Chondrichthyes, mereka lebih bijak dalam memilih makanan fikir Daud Ikan.

Nyata, Bertahun-tahun D.I bersubahat, menipu, malah D.I sendiri pernah menghidangkan makanan yang tidak halal, sedangkan logo tanda halal megah di dinding restoran. Fikir D.I, bagaimana logo HALAL ini mudah lekat tidak macam ikan-susah dan kena banyak sabar, guna jaring, atau pancing untuk tangkap ikan di sungai. D.I punya tanggungjawab semasa Islam jangan diabaikan. Bengang dan panas dengan sikap golongan ini D.I. mengambil keputusan menarik diri.

Memulakan sesuatu amat mudah tetapi untuk mempertahankan seluruh permulaan pengorbanan dan kudrat diperlukan. Atas tiket ini, Daud Ikan memulakan langkah pertamanya mengejar cita-cita. Daud Ikan memutuskan agar terus hidup dan berjaya di bumi Allah. Dia tidak mahu menjadi pokok ketapang, pokok meranti atau apa sahaja pokok kerana dia mahu jadi seperti ikan- bergerak.

Bilik itu sempit, sangat sempit sehinggakan tiada ruang untuk menyimpan barangan lain selain dari dirinya yang kedi itu, namun Daud tetap bersyukur kerana mempunyai ruang untuk melepaskan lelah. Ruang stor bangunan pejabat buruk itu adalah dunia baru setelah dia dihalau oleh tuan rumah yang serba masalah.

Bau badan tuan rumah yang mengubahsuai rumah menjadi beberapa bilik kecil itu bagi Daud Ikan tersangatlah busuk. Sampai satu tahap bau itu seakan tanda amaran tentang kedatangan tuan rumah meminta sewa bilik. “Tuan rumah datang”, ucap Daud Ikan sambil menghela nafas berat. Sesak. “Bagaimana kamu tahu?”” Bau dia saja sudah sampai dulu sebelum kaki dia jejak rumah ini kau tahu?” Pelik, tuan rumah busuk ini sering menindas dengan oroma badan yang pelbagai. Pemalas atau sememangnya tidak tahu menjaga kebersihan diri? Ada wang yang banyak.

Dia yang punya waktu yang cukup, punya kesihatan yang baik malah cukup bersyukur kerana di terima di sini. Sedangkan dia terpaksa menampung kehidupan hampir tujuh mulut di kampung. Justeru, Daud Ikan memutuskan untuk bekerja sambilan- di pasar borong. Bau ikan pelbagai rupa, saiz melekat di merata penjuru, bau itu kemudianya seakan sudah sebati dengan dirinya. Pasar borong Selayang itu menjadi nadi kepada sembilan orang adiknya yang masih kecil.

Peranan Daud Ikan sebagai pelajar, kuli, anak, dan abang dalam masa yang sama mematangkan dirinya. Usianya yang baru 23 tahun itu sebetulnya menidakkan raut wajah Daud Ikan dek lantaran dirinya yang sering berhempas keringat. Daud sedar dia tidak punya harta selain dari keluarga di kampung, malah dia juga faham mengapa dia tercampak di kota besar ini. Daud Ikan bertekad bulat seperti bola. Dia mahu berjaya. Cita-citanya hanya satu menjadi saudagar ikan. Segalanya tentang ikan. Bukan tukang masak telunjuk orang mahupun pengkhianat bangsa.

Dunia baru Daud bermula terlalu payah. Dia sendiri terpaksa bersaing dengan pekerja-pekerja asing yang sepuluh kali lebih rajin daripada dirinya. Fikir Daud Ikan, tidak hairanlah kenapa ramai pemilik kedai di pasar ini menyewakan premis kedai kepada bangsa asing. Mereka lebih tabah, dan tentunya lebih murah. Ironinya Daud juga rajin, murah malah dia rela menjadi kuli di sini.. namun hakikat yang pasti dia juga tidak mampu bersaing warga Nepal, Myammar, Kemboja, dan Indonesia itu. Tidak mampu dari segala segi.

Daud Ikan semakin lelah. Hidup di kota besar perlu terus. Wang harus dicari, akalnya semakin menipis. Dia masih meneruskan pengajian sambil terus bekerja. Daud Ikan pasti akan membawa ibu tua dan adik-adiknya tinggal bersamanya suatu hari nanti. Semuanya bermula dengan angan tetapi akan berakhir dengan sebuah kejayaan. Daud enggan berfikir banyak tentang persaingan itu lagi, baginya kini itu perkata enteng. Tekad Daud Ikan hanya mahu berjaya. Namun, matlamat tidak menghalalkan cara individu.

Dia mampu menamatkan pengajian di kolej komuniti itu, sekarang D.I punya wawasan, punya semangat kerana sekarang dia mampu bersaing. Memberi nafas baru kepada kehidupan. Mencari langkah terbaik memulakan sesuatu tanpa ragu. Melakar kejayaan dalam kepayahan. Namun segala itu mematangkan diri Daud Ikan sendiri. Dia yang bermula dari bawah, dari sebawah-bawahnya enggan berpatah lagi.

Lampu yang merah kemudian bertukar hijau, D.I harus segera melarikan kenderaan menuju ke sekolah. Waktu persekolahan hampir tamat, sambil menggaru kepala yang tidak gatal dia mengelamun lagi , masih tentang ikan malah nama anak Daud Ikan sempena nama ikan- Sphyraena Forsteri. Sejenis ikan laut dalam, punya keistimewaan tersendiri walaupun bersaiz kecil berbanding dengan sepsis ikan laut dalam yang namun tetap lincah, menarik, dan sukar dipancing.

Peranan Daud Ikan sebagai bapa terus digalas sebaik mungkin .Maklumlah bermacam-macam kes melibatkan kanak-kanak akhir-akhir ini. Buktinya Daud Ikan sendiri memastikan setiap anak-anaknya punya perhatian dan didikan agama yang cukup. Perniagaan Daud Ikan semakin berkembang maju hasil kerja kerasnya selama 10 tahun itu. Kini Daud Ikan mampu menjadi membekal makanan laut ke beberapa buah restoran sekitar ibu kota. Suatu hakikat yang pasti, Daud Ikan masih merindui kenangan di pasar bersama ikan.

Beberapa waktu berlalu, Daud Ikan terus kukuh dan maju dalam dunia masakan sambil dibantu isteri-isterinya. Setiap satu dari mereka punya cawangan yang berbeza. Daud Ikan berjaya melawan cabaran hidup dulu. Namun Daud Ikan masih sama dengan dunia ikan dan falsafah ikan. Dia bangga punya empayar perniagaan berasaskan ikan dan punya ilmu tentang ikan. Kolam-kolam ikan miliknya itu laris dengan tempahan. Satu yang pasti Daud Ikan sudah jarang pulang ke kampung. Semuanya ada di sini. Sambil tersenyum melihat anak-anak ikan berenang, Daud mula memikirkan strategi baru untuk memajukan perniagaan. Kedengaran bunyi burung berkicau. Lantas Daud Ikan tersenyum. Burung!


BY: Ina_Azlina

Sepi Seorang Insan  

Posted by minz_tondekan in

Senja kian melabuhkan tirainya. Sebentar lagi tabir malam akan menjelma. Begitulah ritma kehidupan seharian. 24 jam tanpa henti. Tidak pernah lewat walau sesaat dan tidak mungkin cepat walau sedetik. Pada saat ini, azan sedang berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib. Umat Islam pada waktu ini mula bersiap-siap untuk mengerjakan solat Maghrib. Ada yang mengerjakan solat bersendirian di rumah dan ada pula yang terkocoh-kocoh berjalan ke masjid untuk mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.
Tidak kurang juga umat Islam yang kala ini sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Fenomena biasa yang melanda bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Fenomena di kala azan Maghrib sedang berkumandang yang seperti sudah menjadi satu rutin harian masyarakat bandar kecuali semasa cuti-cuti perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Dan kala ini, aku sedang memandang dari celah tingkap. Memerhati rutin harian masyarakat kota yang bernama Kuala Lumpur. Aku mengeluh sendirian. Kenapa pula aku mengeluh melihat fenomena kota raya yang saban hari aku alami? Adakah aku sudah bosan dengan cara hidupku sekarang?

Menjadi seorang penyampai berita bagi sebuah stesen televisyen yang terkenal merupakan cita-cita aku sejak kecil lagi. Dan kini, aku sedang berada dan berdiri pada landasan hidup yang aku pilih sejak kecil lagi.

Tapi, kenapa aku masih terasa seperti ada sesuatu yang kurang pada diriku?
Adakah gaji yang aku perolehi tidak mencukupi? Ataupun populariti yang aku kecapi dengan menjadi penyampai berita tidak memadai?

Aku masih teringat semasa berada di bangku sekolah dahulu. Apabila cikgu bertanya tentang cita-citaku pada masa hadapan, aku menjawab dengan penuh bersemangat untuk menjadi seorang penyampai berita. Apabila cikgu bertanya kenapa ingin menjadi penyampai berita, aku akan menjawab dengan penuh semangat bahawa penyampai berita dapat menyampaikan informasi kepada penonton. Selain itu, penyampai berita juga merupakan golongan yang popular kerana sentiasa keluar di kaca televisyen.

Apabila teringatkan kembali zaman itu, hatiku akan berdetik dengan seribu persoalan. Betulkah keputusan yang aku ambil suatu masa dahulu? Patutkah aku memilih jalan hidupku seperti ini dan sampai bila aku harus menjalani hidup dalam ketidakpastian?
Persoalan itu seperti selalunya akan berakhir dengan keluhan yang berpanjangan. Kala ini, aku sedang bersiap-siap untuk muncul di kaca televisyen lebih kurang setengah jam lagi. Pengarah dan penerbit berita sedang sibuk mempersiap bilik berita dengan mengarahkan itu dan ini. Begitulah rutin harian bagi orang-orang yang bekerja di belakang tabir

Kala ini, aku sedang dipersiap oleh juru solek dengan mengenakan serbuk putih di seluruh mukaku serta menghias rambutku dengan mengenakan gel rambut. Manakala pengarah kostum pula sedang sibuk memperbetul pakaianku. Kadang kala aku terasa seperti seorang pelakon terkenal yang sedang dipersiap untuk melakonkan sesuatu babak.

Namun, kadang-kadang situasi seperti ini merimaskan diriku kerana aku berasa seperti patung yang diperagakan di butik-butik pakaian. Dihias dan dipakaikan baju-baju yang cantik tanpa mendapat peluang untuk menentukan jenis pakaian yang sesuai untuk dipakai. Apatah lagi untuk memberikan pendapat. Jangan harap!!!

Sedang juru solek dan pengarah kostum sibuk mempersiap diriku untuk siaran yang akan bermula lebih kurang dua puluh lima minit lagi, aku sekali lagi mendengar suara seruan daripada masjid. Kala ini tok imam sedang membacakan surah al-Fatihah. Kelunakan suara imam boleh mengasyikkan telinga para makmum seterusnya menambahkan kekhusyukan dalam solat. Namun, maksud yang tersirat daripada ayat-ayat suci Al-Quran itu sebenarnya yang boleh menambahkan khusuk dalam solat seterusnya mengambil ikhtibar daripada ayat-ayat tadi.

Aku sekali lagi melihat gelagat manusia di sekelilingku. Semua orang sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Ada yang sedang sibuk menghias balai berita dan ada pula yang sedang sibuk membetulkan keadaan kamera dan lampu. Juru audio pula sedang bertungkus lumus memastikan sistem audio berjalan dengan lancar.

Mereka seperti langsung tidak mendengar seruan Ilahi. Mereka bekerja seperti mereka akan hidup seribu tahun lagi. Tidakkah mereka terfikir bahawa mereka mungkin akan mati pada esok hari?

Kemudian, aku melihat diriku sendiri. Apabila aku mengamati diriku dalam-dalam nampaknya aku pun seperti mereka juga. Mengejar dunia seperti bekalan dunia ini mampu menjamin tempat di akhirat kelak. Sudah cukupkah amalan baikku untuk kujadikan bekalan menghadap soalan malaikat mungkar dan nakir di alam kubur kelak. Persoalan itu seperti biasanya aku jawab dengan segumpal keluhan yang semakin memberatkan jiwa.
Di tanganku kini merupakan skrip yang akan akan kusampaikan kepada para penonton lebih kurang sepuluh minit lagi. Sebelum masuk ke balai berita, aku membaca kandungan berita yang akan kusampaikan secara sepintas lalu. Seperti biasa, cerita-cerita yang berkaitan pemimpin negara seperti perdana menteri dan timbalannya mendapat keutamaan daripada pihak stesen tv. Antara cerita yang dimuatkan adalah PM menjawab persoalan orang ramai yang mempertikai pemilihan anggota cabinet beliau yang dikatakan kurang mantap.

Selepas itu, barulah isu-isu terkini dimuatkan seperti kes kehilangan adik Sharlene serta usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk menjejaki adik Sharlene. Isu kehilangan dari kalangan kanak-kanak dewasa ini semakin menjadi-jadi dan hal ini seperti sudah menjadi trend penjenayah untuk melakukan jenayah tersebut. Mungkin mereka berasa tercabar dengan kebijaksanaan pembunuh adik Nurin Jazlin yang mana sehingga kini gagal dijejaki.

Dalam bahagian ekonomi pula, berita yang dimuatkan adalah berkaitan keadaan pasaran saham Bursa Malaysia yang agak goyah sejak tamatnya pilihan raya umum yang ke-12 pada 8 Mac 2008. Kemungkinan pelabur asing masih mengambil sikap berjaga-jaga berikutan jangkaan timbulnya huru hara ketika pertabalan Menteri Besar Perak yang baru. Maksudnya, keadaan politik sesebuah negara memberi pengaruh besar kepada keadaan ekonomi negara tersebut.

Aku berasa tertarik untuk membaca kandungan berita dalam ruangan berita sukan. David Beckham memiliki peluang cerah untuk tampil mewakili negaranya untuk melengkapkan penampilan ke 100-nya bersama skuad kebangsaan negara itu. Aku sememangnya peminat setia David Beckham sejak beliau beraksi untuk pasukan Manchester United dan Real Madrid. Selain itu, terdapat juga isu yang berkaitan kemerosotan prestasi badminton beregu emas Malaysia yang tersungkur awal di beberapa kejohanan badminton dunia.
Akhir sekali dimuatkan berita mengenai isu-isu pengguna. Dewasa ini pengguna sering dibimbangi dengan masalah kenaikan harga barang terutamanya isu kenaikan harga minyak. Ramai pelanggan yang merungut dengan beberapa kemungkinan kenaikan harga barang runcit yang mana pastinya membebankan golongan berpendapatan rendah.
Setelah selesai membaca kandungan berita yang akan aku sampaikan, aku mula bergerak untuk masuk ke balai berita iaitu tempat untuk aku menyampaikan berita. Pada waktu ini, aku tiba-tiba teringat kenangan sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke balai berita ini.

“Awak orang baru kat sini ke?” Tanya bakal rakan penyampai beritaku.
“Aaah…hari ini merupakan hari pertama saya. Perkenalkan nama saya Azmi,” selajur itu aku menghulurkan salam perkenalan.
“Ohhh…nama saya Munirah, saya pun pekerja baru kat sini, masuk bulan ni baru tiga bulan saya kerja kat sini. Salam perkenalan awak saya terima dengan hati terbuka tapi saya nak minta maaf, kita bukan muhrim jadi hukumnya adalah haram bersentuhan kulit”.
Aku bagaikan terpukul dengan kata-kata gadis manis tersebut. Untuk mengurangkan rasa maluku kepada Munirah, aku dengan selambanya menggaru kepalaku yang tidak gatal.
Namun perlakuanku itu menjadi satu kelucuan bagi Munirah. Senyuman manis yang dia lontarkan semacam telah menebak ke hatiku lalu mencairkan ego seorang lelaki. Ahhh…indahnya saat itu. Ketika itu, kami ditugaskan untuk menyampaikan Buletin Tengahari yang ke udara setiap pukul 1 setiap hari.

Sejak daripada itu, jalinan persahabatan yang terjalin antara aku dengan Munirah semakin akrab. Ditambah pula dengan beban tugas kami yang memerlukan kami menjadi penyampai berita secara berpasangan. Hal ini menjadikan hubungan kami semakin intim dan akhirnya tercambahlah bibit-bibit cinta. Pada suatu hari, aku memberanikan diri untuk melafazkan isi hatiku yang Munirah.

Nasibku baik kerana rupa-rupanya Munirah juga menyimpan perasaan yang sama terhadap diriku. Pada hari itu, aku rasakan bagaikan dunia ini milik kami berdua. Munirah hanya tertawa girang melihat tingkahku yang seperti keanak-anakan. Namun aku tidak peduli semua itu kerana aku akhirnya bertemu ratu hatiku yang mana aku harap boleh menjadi permaisuri hidupku suatu hari nanti.

Malam itu aku mengajak Munirah untuk keluar makan malam bersamaku. Dan seperti biasa, pelawaanku diterima. Sedang kami menikmati makan malam di sebuah restoran yang agak terkenal, tiba-tiba Munirah menerima panggilan daripada keluarganya. Seketika mereka berbual, secara perlahan raut muka Munirah berubah menjadi sedih. Rupa-rupanya emaknya di kampung sedang sakit tenat.

Selesai makan, kami bergegas menaiki kereta untuk balik ke kampung Munirah yang terletak di Negeri Sembilan. Sepanjang perjalanan, aku melihat wanita itu kelihatan sugul dan lebih banyak mendiamkan diri. Aku pula hanya mengikut rentak wanita itu untuk mengunci bicara sambil menumpukan perhatian terhadap pemanduanku.
Sampai di satu selekoh, sebuah lori minyak tiba-tiba keluar daripada simpang menyebabkan aku kehilangan kawalan pemanduan. Aku cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melanggar lori tersebut tetapi semuanya sudah terlambat.
Munirah pula menjerit nyaring, “Maaaakkkk…..”
3….
2….
1….
“Action….!”
Jam menunjukkan pukul 8 malam, kini bermulalah tugasku pada malam ini untuk menyampaikan informasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, jauh di lubuk hatiku jiwa ini terasa kosong dan hampa tanpa insan yang bernama Munirah.



Oleh: aeman_yosi