Wajah misteri  

Posted by minz_tondekan in

Diruang kamar ini F tiga satu tiga
Ku renung dalam-dalam wajahnya
Terpancar perasaan sunyi dan sepi
Rasa simpati ku terusik dek wajahnya
Ingin sekali aku menyapa dirinya
Ingin sekali aku mengenali dirinya
Dan…ingin sekali aku menemani dirinya

Tapi…jodohkah antara aku dan dia
Walau sebumbung duduk bersama
Tegur sapa masih mendiamkan diri
Takkan ku biarkan terus bergini
Jiwa ramah “senior” memberontak untuk dikenali
Siapakah dia gerangan “roommate misteri”

Senyuman manis ku ukir dibibir
Dibalas dek kelatnya bibir si “roommate misteri”
Salamku hulur disambut wajah terpaksa
Kata-kata beribu patah dibalas endah tak endah
Sakitnya jiwa…sakitnya kepala
Memikirkan “roommate” yang aneh sikapnya

Masa pantas berlalu pergi
Ku teruskan perjuangan mengenali hati dan budi
Akhirnya kini baru ku mengerti
Sikapnya senyap dan suka menyepi
Bertegur sapa enggan dipeduli
Beramah mesra jauh sekali
Kini aku dipinggirkan sudah
Dipinggirkan dek “roommate misteri…”


By : GERHANA BULAN

This entry was posted on Friday, September 12, 2008 at 12:01 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 comments

haha...kesiannya kau! sama pulak kita punya pengalaman kan...Apa2 hal, tahniah kerana berjaya menggarapkan pengalaman peribadi ke dalam bentuk kreatif...

September 12, 2008 at 5:31 PM
Anonymous  

huhuhuhu...beselah sumer owang mesti ada pengalaman ini..
thanz kerana beri sokongan anda pada Blog ini..teruskan kestiaan anda..!!

September 13, 2008 at 4:28 AM

hai... lain lak ngn pengalaman sy... romate terlebih misteri....huhu

September 13, 2008 at 11:25 AM
Anonymous  

ummm...will manusia macam sikap ada..
hik..hik.. ^_^
xpalah yg penting tak menyusahkan kita..
huhuhuhu...

October 16, 2008 at 5:17 PM
Anonymous  

kesiannya dier.. tapi sekarang ni masalahnya roomate ni terlalu peramah cmne nak handle ek..??
lg 1 ni lg lah misteri yg xleh nak diungkai sesapa pun, masalhnya dia selalu lepak kt kaunter pjbt jew..mmg sush nk ungkai mslh dia ni..
boleh bg nasihat dan petua x nk tangani mslh ni..
terima ksh kerana sudi mendengar luahan perasaan nih..
-ultraman nexus-

December 30, 2008 at 5:04 PM
Anonymous  

kira ok pew kalu roomate dah mesra bukan senang taw nk daptt insan macm tuh diluar sana..
pasal dier sukew lepak kat kaunter pejabat..dier ada menyusahkan ko x???
kalu xda biarkan jewlah dier nk lepak katner pun..
yg penting jangan menyusahkan sesiapa..
kalu menyusahkan..buat jew cara macm aku nih..luahan melalui puisi..
hahahahahaha...

January 12, 2009 at 3:31 AM

Salam...
rakan sebilik... ha!ha! terlalu banyak memori
salam kunjung dr aku, yus_anakmelayu(apm06/07)

May 1, 2009 at 8:43 AM

Post a Comment