tag:blogger.com,1999:blog-12831678542365303582024-03-09T05:49:26.678+08:00Gabungan Ilham Sasterawan Mudaminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.comBlogger60125tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-42670005859546595252008-10-19T17:18:00.000+08:002008-10-19T17:22:09.460+08:00Suami Dan Isteri Berpuisi***Puisi Sang Suami***

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…

***Balasan Puisi Sang Istri***

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang
memberi cahaya, Aku relakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu

Dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…

Cuba lihat siapa dirimu… MATAHARI atau lilin ?

please lah…!!!minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-81541972161026727722008-09-29T00:01:00.000+08:002008-09-29T00:01:00.974+08:00PAK PANDIR KE KEBUNSeperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, “Kenapa Bang?”
Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-77335112304102901082008-09-26T00:01:00.000+08:002008-09-26T00:01:00.904+08:00KONFLIK SUAMI DAN ISTERIRumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-19347682443167446702008-09-24T22:22:00.001+08:002008-09-24T22:23:54.933+08:00Kekayaan karya mesti dipertingkatMODENISME sering menganggap bahasa sebagai sebuah faham rasionalisme yang mengandungi makna tertentu, sesuai dengan kosa kata dan peraturan gramatik yang digunakannya.

Kekuatan juga terletak pada rasional untuk memahami dunia dan pemahaman tersebut memerlukan bahasa yang baik, kuat dan terstruktur dengan kemas.

Pandangan tentang bahasa itu menunjukkan ada dua hal yang diyakini dalam modenisme. Pertama, ia percaya bahawa bahasa dapat menjadi medium kepada struktur makna. Kedua, bahasa sebagai alat komunikasi dengan makna yang rasional.

Bagaimanapun pandangan modenisme tentang simbol, bahasa dan makna, dikritik oleh salah seorang pemikir pascastrukturalisme Perancis, Jacques Derrida.

Beliau antara lain berpendapat bahawa kepercayaan moden terhadap hubungan simbol, bahasa dan makna didasarkan pada apa yang disebutnya sebagai metafizik kehadiran (methaphisic of presence).

Terhadap pandangan ini, Derrida menyatakan bahawa apa yang disebut metafizik kehadiran dalam berbahasa tidak mungkin wujud. Beliau berpendapat makna sesebuah bahasa akan bergantung pada rujukan setiap kosa kata yang digunakan manusia dalam berbahasa.

Rujukan itu sendiri merupakan pemaknaan dalam kaitan antara satu kosa kata dengan kosa kata yang lain. Kata “demokrasi” misalnya, maknanya merupakan hasil rujukan pada definisi-definisi “demokrasi” yang tercantum dalam risalah-risalah politik yang menurutnya jelas bahawa makna adalah hasil interaksi antara teks.

Di sisi lain, kekayaan dalam memaknakan kosa kata khususnya penggunaan istilah asli sesebuah masyarakat akan memperkuatkan kedudukan sesebuah bahasa.

kemampuan

Ketamadunan sesebuah bangsa akan dikaitkan dengan kekayaan bahasa dan kemampuan melahirkan simbol-simbol intelektual yang tercerna melalui pemikiran dan teks atau metafizik kehadiran menurut istilah Derrida.

Namun, masalahnya bahasa-bahasa dunia akan berhadapan dengan dekonstruksi yang diwacanakan oleh pascamodenisme yang mengubah mitos rasionalisme dan peraturan kebudayaan modenisme.

Atas kesedaran tersebutlah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Hadiah Karya Ilmiah DBP dan Hadiah Karya Kencana. Ia merupakan pengiktirafan terhadap penulis dan karya-karya yang membantu menjana kepada kekayaan bahasa Melayu di Malaysia.

Hadiah diberikan dalam semua disiplin yang dituliskan dalam bahasa Melayu dan tersiar di majalah-majalah terbitan DBP termasuk bidang kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat, sastera dan lain-lain.

Karya-karya tersebut dinilai oleh ahli-ahli akademik yang mewakili bidang masing-masing dari institusi- institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagi tiga hadiah utama kategori Hadiah Karya Ilmiah yang menawarkan RM8,000 dimenangi oleh Dr. Hamedi Mohd. Adnan menerusi tulisannya Majalah Melayu Selepas Perang (1945- 1957): Editorial, Sirkulasi dan Iklan (bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan).

Dua lagi pemenang hadiah utama kategori tersebut ialah Dr. Ibrahim Ahmad (Kesenjangan Leksikal Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (bidang Bahasa) manakala A. Rahim Abdullah (Semiotik Melayu: Pemantapan Teori Sastera Mutakhir) dalam bidang Sastera.

Empat penerima saguhati yang masing-masing berupa wang tunai RM2,000 ialah Hairil Haimi Mohd. Adnan (Dunia Si Kecil Kotemporari dari Perspektif Sains Sosial), Mohd. Syahiidd Tusiran (Kebersihan dan Kesucian Diri Menurut Islam).

Dua lagi pemenang saguhati ialah Dr. Noor Hassim Ismail dan Dr. Jack Wong Siew Yu (Kualiti Udara Dalaman Bangunan, Kesan Kesihatan serta Cara Pencegahan) serta Dr. Latifah Abdul Manaf (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu).

Sementara itu, tujuh penerima Hadiah Karya Kencana yang masing-masing bernilai RM1,000 ialah Prof. Dr. Zaharani Ahmad (Isu Morfologi Bahasa Melayu: Menangani Kepelbagaian dalam Korpus), Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (Bahasa Cerminan Budaya), Prof. Madya Arbak Othman (Kedalaman Puisi Dharmawijaya dan Zainon Ismail).

Penerima lain ialah Prof. Madya Dr. Noriah Taslim (Perjalanan Seorang Seniman dalam Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman), Naziree Md. Yusof (Toleransi Beragama dan Kesesuaian Hukuman Murtad di Malaysia), Dr. Ibrahim Ghaffar (Embah Setia Menunggu Merapi) dan Dr. Mohd. Nizam Sahad (Sukan di Malaysia Perlu Pengislahan Untuk Kejayaan Cemerlang).

Hadiah-hadiah kepada penerima disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang. Ia turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharudin.

Zulkurnain dalam ucapannya berkata, bagi memperkayakan karya-karya ilmiah, kerjasama dalam bidang penerbitan, perancangan judul dan pemasaran buku menjadi begitu penting.

“Para ilmuan kita hendaklah mempunyai kesedaran tinggi terhadap peranan mereka sebagai penyebar ilmu pengetahuan. Selain penyampaian ilmu di bilik-bilik kuliah, pembentangan kertas kerja dan lain-lain, penyebaran ilmu melalui aktiviti penerbitan perlu dipertingkatkan,” katanya.

Sementara itu, pakar bahasa dan lingustik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar dalam wacana bahasanya sempena majlis tersebut berkata, pandangan sempit segelintir ahli akademik bahawa karya akademik tidak memerlukan teks adalah tidak tepat.

Katanya, untuk menyampaikan idea dan gagasan yang diperoleh dalam kajian akademik memerlukan teks sebagai medium. Paparan formula semata-mata tidak akan melengkapkan sesebuah karya intelektual.

“Sebuah penemuan intelektual mesti disampaikan dalam bentuk teks yang ada bahasa untuk menjelaskan deskripsi, hipotesis dan definisi dengan lebih jelas serta lengkap.

“Dengan ciri-ciri ini, bahasa dalam teks akan memperkuatkan genre akademik itu sendiri selain mampu menyerlahkan ciri-ciri epistemologi dapatan sesebuah kajian yang dilakukan,” jelasnya.

Di sisi lain, beliau menekankan supaya ahli-ahli akademik menulis (dalam bentuk teks dengan bahasa yang lengkap) hasil-hasil kajian mereka dalam semua disiplin supaya dapat diterima serta difahami dengan baik.

sumber:utusan Malaysiaminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-31498085822288707232008-09-20T00:01:00.000+08:002008-09-20T00:01:01.052+08:00Makna politik bagi seorang kanak-kanakSeorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”. Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-26900352678313977722008-09-17T00:01:00.000+08:002008-09-17T00:01:00.440+08:00Meniru punya pasal..Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah: Ape buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-83772862274475826232008-09-14T00:01:00.000+08:002008-09-14T00:01:00.667+08:00Jenaka Pendek (Kisah 11)Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-76420455101521042452008-09-12T00:01:00.000+08:002008-09-12T00:01:00.897+08:00Wajah misteriDiruang kamar ini F tiga satu tiga
Ku renung dalam-dalam wajahnya
Terpancar perasaan sunyi dan sepi
Rasa simpati ku terusik dek wajahnya
Ingin sekali aku menyapa dirinya
Ingin sekali aku mengenali dirinya
Dan…ingin sekali aku menemani dirinya

Tapi…jodohkah antara aku dan dia
Walau sebumbung duduk bersama
Tegur sapa masih mendiamkan diri
Takkan ku biarkan terus bergini
Jiwa ramah “senior” memberontak untuk dikenali
Siapakah dia gerangan “roommate misteri”

Senyuman manis ku ukir dibibir
Dibalas dek kelatnya bibir si “roommate misteri”
Salamku hulur disambut wajah terpaksa
Kata-kata beribu patah dibalas endah tak endah
Sakitnya jiwa…sakitnya kepala
Memikirkan “roommate” yang aneh sikapnya

Masa pantas berlalu pergi
Ku teruskan perjuangan mengenali hati dan budi
Akhirnya kini baru ku mengerti
Sikapnya senyap dan suka menyepi
Bertegur sapa enggan dipeduli
Beramah mesra jauh sekali
Kini aku dipinggirkan sudah
Dipinggirkan dek “roommate misteri…”

By : GERHANA BULANminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-44734227795326491882008-09-11T00:01:00.000+08:002008-09-11T00:01:00.409+08:00Jenaka Pendek (Kisah 10)Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-24686974711270931592008-09-09T00:01:00.000+08:002008-09-09T00:01:00.250+08:00Sejarah silamkuTitisan manik hujan itu
Sedikit-sedikit menyingkap sejarah silamku
Sejarah silam yang penuh onak duri
Menyucuk dam melukai perasaan ini
Hinggakan racun bisanya
Masih terkesan hingga kini

Pedih yang ku rasa dek duri sejarah silamku
Membuatkan diri ini mengenal erti putus asa
Mencampakkan diri ini jauh dari erti kesabaran
Keluhan hampa menjadi zikir harian
Menjadikan diri ini lemah tak berdaya
Dalam meneruskan kehidupan yang berpanjangan

Diri ini masih dibungkus sejarah silamku
Terkurung dalam gelap kehampaan
Terikat dek tali-tali kebencian
Hinggakan diri ini kaku dalam ketakutan
Ketakutan terpanah dek sejarah silamku yang menggerunkan

Apakah masih tidak ada cahaya ketenangan??
Cahaya ketenangan yang menerangi hampa kegelapan
Apakah masih tiada gunting kemesraan??
Agar terputusnya tali kebenciaan
Apakah masih tiada kenangan terindah??
Yang tersisa bagi kekuatan dalam ketakutan

Aku masih di ruang kamar sejarah silamku
Bertemankan malam sepi dan sunyi
Diri ini setia mencari penolong sejati
Untuk mengunci sejarah silamku
Namun…aku masih tetap terus menanti
Biarpun malam semakin gelap
Dan…aku tetap terus dibayangi “sejarah hitamku”
Sejarah silam yang menakutkan kalbuku.

By : GERHANA BULANminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-53051804264319059172008-09-08T00:01:00.001+08:002008-09-08T00:01:00.437+08:00Jenaka Pendek (Kisah 9)Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-22290248506513896422008-09-06T00:01:00.000+08:002008-09-06T00:01:00.994+08:00Persahabatan yang agung(Dedikasi untuk dirimu sahabat)

Empat serangkai antara kita
Akankah bisa terungkai jua akhirnya
Andai usia dijamah masa
Andai masa berlalu hiba
Entah apa yang menyatukan kita??
Hingga terpaut erat
Terurai berganti semula
Empat serangkai antara kita
Angin bertiup berlagu bersama
Senda menyatu, berpadu gembira
Hingga ada yang berkata
“pastikah hidup dan mati bersama??”
Empat serangkai antara kita
Akankah kita bisa bersama
Menyatu kata membina setia
Walau terluka…walau sengsara
Pastikan esok tetap bahagia bersama
…dulu, kini, dan selamanya….

By : GERHANA BULANminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-42394269797820176802008-09-05T00:01:00.001+08:002008-09-05T00:01:00.508+08:00Jenaka Pendek (Kisah 8)Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-26089665524555418712008-09-04T00:01:00.000+08:002008-09-04T00:01:00.516+08:00Aku….si pencariDi ruang kamar sempit ini
Bertemankan malam sunyi sepi
Ku cuba tenangkan hati dan kenali diri
Namun…masih tak terungkap penyelesaian
Biarpun malam semakin lewat
Aku masih di sini…masih mencari
Merungkai kemelut diri dalam kehidupan
Adakah senyuman bererti kegembiraan??
Atau…tangisan bererti kedukaan??
Oh Tuhan…aku masih tak berdaya dalam mencari
Jawapan pasti tentang kehidupan ini

By : GERHANA BULANminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-82210129354994709912008-09-03T00:01:00.001+08:002008-09-03T00:01:00.313+08:00S. Othman dan sastera IslamPANDANGAN S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara kesembilan terhadap apa yang dinamakan kesusasteraan Islam dapat disimpulkan menerusi buku Allahyarham, Arah Pemikiran Sastera Malaysia. Salah satu sumbangan yang melayakkan allahyarham menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 2003 ialah pembabitan di dalam fenomena sastera Islam. Ini disebut di dalam Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 2003 ketika membincangkan karyanya Ruang Perjalanan (1989). Laporan menyebut, “Ruang Perjalanan muncul ketika khalayak sastera sedang membahaskan mengenai sastera Islam sebagai satu genre dalam karya sastera. Ruang Perjalanan boleh digolongkan ke dalam genre sastera Islam.”

Dewan Sastera Mac 2004 ikut memuatkan artikel Che Abdullah Che Ya berjudul Satu Perjalanan Kritis S. Othman Kelantan yang antara lain bertujuan mengangkat sumbangan S. Othman di dalam sastera Islam terutama menerusi buku Arah Pemikiran Sastera Malaysia.

Memperakukan

Secara ringkas S. Othman Kelantan memperakukan yang dinamakan kesusasteraan Islam itu pada allahyarham antara lain ialah karya-karya, terutama dalam bentuk kreatif, yang menunjukkan kemurnian akhlak, moral, merangsangkan manusia untuk berbuat baik, bersyukur kepada nikmat Tuhan dan menyedari kebesaran-Nya memberi kesan yang positif kepada manusia dan menjelaskan sesuatu yang konstruktif. Karya itu dibina dalam bentuk struktur yang baik dan dalam bahasa yang kreatif dan imaginatif. Keperluan estetik diperlukan dalam kombinasi antara bentuk dan isi.

Di dalam bahagian pertama buku itu, S. Othman antara lain menyentuh kemasukan Islam di Malaysia, perkembangan fikiran melalui kitab-kitab, kebangkitan fahaman kaum muda, kebangkitan ulama-ulama Kelantan dan Patani dan penyebaran Islam menerusi media massa.

Adalah signifikan untuk dinyatakan, allahyarham menerima hujah Syed Naquib al Attas bahawa kedatangan Islam telah mengangkat ketinggian bahasa Melayu. Syed Muhammad Naguib dalam bukunya Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, menyarankan Hamzah Fansuri sebagai tokoh pemodenan kesusasteraan Melayu. Sasterawan Negara ini menyetujui penerokaan alam falsafah, tasawuf dan kesufian di dalam karya-

karya klasik khususnya pada karya Hamzah Fansuri dan Tok Kenali menjadi ukur tara awal apakah yang dimaksudkan dengan sastera moden. Malah bagi beliau keutuhan dan pembangunan bahasa Melayu bergerak sejajar dengan penggunaan tulisan jawi dan kelahiran karya sastera Islam.

S. Othman di dalam bahagian ini juga menggariskan dengan terang apakah yang beliau maksudkan dengan kebudayaan, yang jelas sekali ikut disandarkan kepada ajaran Islam. Untuk melihat sesuatu yang akan disebut dengan nama kebudayaan, haruslah diasaskan kepada tiga perkara: iaitu dilandaskan kepada muslahat al mursalah, atas kepentingan umum. Seterusnya, segala usaha pengkaryaan dilandaskan kepada tujuan seni, yakni zarif. Dan terakhir, segala usaha itu dilandaskan kepada akibat, iaitu fikiran untuk apa sesuatu usaha itu dijalankan.

Bertitik tolak dari pandangan-pandangan yang jelas ini, S. Othman mengemukakan konsep sastera Islam yang menurutnya tidak dapat tidak bermula atau bersumberkan dari al-Quran dan Hadis. S. Othman juga beranggapan yang karya sastera Islam dapat dilahirkan dengan berkesan oleh penulis-penulis dengan kefahaman Islam yang mendalam.

Sasterawan Negara ini turut meletakkan beberapa ciri sastera Islam iaitu antara lain memancarkan ilmu pengetahuan. Pengarang juga menurut S. Othman mesti memancarkan sifat mukalaf, iaitu sikap bertanggungjawab atas semua tugas dan membina semangat untuk berbakti terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Selain dari itu satu lagi gagasan S. Othman iaitu mengenai kritikan Melayu-Islam wajar disentuh di sini, ia adalah satu cubaan S. Othman meletakkan asas keislaman kepada genre kritikan di dalam sastera tanah air. S. Othman mengemukakan kritikan Melayu-Islam ini menerusi dua eseinya di Dewan Sastera iaitu Kritikan dari Perspektif Melayu dan Islam (Mac 1989) dan Masalah Kritikan Kita (Novmber 1991).

Berdasarkan dua esei ini dikesani sekurang-kurangnya enam prinsip kritikan Melayu- Islam iaitu, teguran yang menyedarkan, beri pengetahuan yang bermanfaat, berhujah dengan pengetahuan yang lebih baik, mendatangkan pemikiran atau membolehkan berfikir, menggambarkan kebijaksanaan, sama ada individu yang menyampaikannya atau matlamat yang dituju iaitu dari kaedah atau cara pendekatan yang dipilih dan kritikan harus memancarkan peribadi insaniah yang berfikir dan tunduk kepada kebenaran hakiki.

S Othman turut menegaskan bahawa kritikan Melayu-Islam ini adalah bertujuan murni untuk membina martabat manusia sebagai makhluk bersopan, sebagai makhluk berbudaya dan sebagai makhluk bermasyarakat.

Adalah jelas S. Othman ikut melibatkan diri di dalam fenomena sastera Islam di Malaysia melalui pengemukaan gagasan pemikiran dan penghasilan karya kreatif. Sumbangan Allahyarham yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu serba sedikit ikut merancakkan kemeriahan dunia sastera Islam.

Sumber: Utusan Malaysiaminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-55186773615660806802008-09-02T00:01:00.000+08:002008-09-02T00:01:00.511+08:00Jenaka Pendek (Kisah 7)Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-29371991935689885902008-09-01T00:01:00.001+08:002008-09-01T00:01:00.668+08:00Penulis muda perlu berusaha asah bakatPAPAR Generasi muda yang berminat menjadi penulis terkenal perlu berusaha mengasah bakat mereka termasuk menyertai lebih banyak seminar atau bengkel berkaitan penulisan.Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, konsep asuh dan asah seperti itu mampu membawa penulis-penulis muda berjaya dalam bidang penulisan.

''Salah satu caranya ialah dengan membaca karya-karya penulis negeri ini. Karya yang bermutu pasti akan membantu mengembangkan kerjaya sebagai pengarang," katanya ketika merasmi majlis penutup Bengkel Penulisan Kreatif - Cerpen dan Puisi di Ujana Wawasan, di sini semalam.

Bengkel selama tiga hari itu dianjurkan oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah dengan kerjasama DBP Cawangan Papar. Seramai 16 penulis muda yang terdiri daripada pelajar menyertai bengkel berkenaan.

Sementara itu, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Zubaidi Abas berkata, pihak DBP akan sentiasa membantu menggilap potensi generasi muda yang berminat menjadi pengarang.

''Kita akan terus menggilap potensi itu menerusi bimbingan seperti mengadakan bengkel dan menyediakan ruang untuk mereka menghantar karya untuk diterbitkan," ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya juga bersedia menerbitkan hasil karya peserta bengkel itu sekiranya karya tersebut memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Beliau memberitahu, ketika ini, DBP Cawangan Sabah telah menerbitkan satu lagi majalah iaitu Majalah Karya bagi memberi ruang kepada penulis menghasilkan karya.

Katanya, seperti Majalah Wadah dan Jendela, majalah baru itu juga diterbitkan tiga bulan sekali.

"Adalah diharapkan ruang dan peluang ini akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya," ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysiaminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-13159358517006266692008-08-31T18:19:00.000+08:002008-08-31T18:20:38.913+08:00Jangan biarkan penyelidikan sastera terpinggirPEMBICARAAN tentang sastera tidak pernah ada noktahnya di kalangan para pengkaji, sejajar dengan usaha untuk meningkatkan wawasan masyarakat ketika Malaysia dan dunia sedang berhadapan dengan globalisasi.

Kesemua pembicaraan itu terwujud dalam pelbagai karya tulisan dan wacana tentang karya-karya serta kepengarangan, sama ada sastera klasik mahupun kotemporari.

Matlamat utama program-program penyelidikan sastera tersebut ialah menyebarluaskan dapatan-dapatan kajian untuk pembangunan bidang kesusasteraan tanah air.

Namun, adakah bidang penelitian sastera di negara ini benar-benar mantap dan mampu melahirkan dapatan-dapatan yang berkesan untuk pembangunan bidang tersebut? Dan, adakah penyelidikan-penyelidikan yang dilaksanakan hari ini sudah memadai?

Menurut Sasterawan Negara Prof. Muhammad Salleh, penyelidikan sastera Melayu sama ada klasik mahupun kotemporari hari ini masih jauh dari pencukupi kerana beberapa aspek dasar dan penting belum dijalankan.

Ketiadaan penyelidikan dan usaha untuk memperluaskan korpus kesusasteraan Melayu tersebut menyebabkan maklumat-maklumat lengkap tentangnya tidak sebanyak sastera asing.

Katanya, sastera Melayu terutama genre klasik mempunyai estetika dan kekuatannya tersendiri. Malah, ia lebih kaya dengan kelainan dan bakat para penciptanya.

“Cuma cara mendekatinya perlu diaturkan kembali. Kita harus melihat filologi baru yang dinamik dan membuka dunianya kepada berbagai-bagai persoalan sastera dan tidak saja pada ejaan atau ketepatan transkripsi.

“Kajian karya sastera sebagai hasil karya juga kurang dititikberatkan. Biasanya sesebuah karya itu dikaji latar belakangnya, kaitan sejarahnya ataupun bahasanya. Dinamika sasteranya, kerapian tekniknya dan dasar pemikiran yang sering diabaikan,” kata beliau di Wacana Intelektual di Sanggar Za’ba, Dewan bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, penyelidik-penyelidik banyak mengikut model Barat atau dari Malaysia yang melihat bahawa kebudayaan Melayu lebih merupakan pengaruh peradaban Hindu, Arab-Parsi dan barat sendiri.

Disebabkan pemahaman seperti itu, beliau berkata, jarang sekali para penyelidik yang menghargai genius pengarang Melayu tradisional walaupun karya-karya yang dihasilkan merupakan buah intelektual sastera Melayu.

Sesungguhnya bidang kajian tentang sastera lisan Melayu misalnya mempunyai cakupan yang sangat luas. Ia perlu dilaksanakan oleh para penyelidik tempatan semaksimum mungkin.

Dr. Muhammad berkata, antaranya kajian tentang bentuk, metafora, bahasa, irama, muzik dan aturan-aturan penciptaan dalam pelbagai genre penciptaan sastera Melayu klasik seperti jampi serapah, pantun, seloka, gurindam, syair dan sebagainya.

“Selain itu, kajian juga boleh dibuat untuk memahami pemikiran dasar tentang masyarakat dan pandangan hidup yang diterjemahkan menerusi genre-genre sastera klasik tersebut, selain aspek estetika dan sebagainya.

“Dalam bidang drama tradisional seperti wayang kulit dan mek mulung pula aspek perdalangan, ukiran, patung, koreografi dan lain-lain,” tambah beliau.

Menurut beliau, antara aspek lain yang boleh diberi perhatian ialah pengumpulan cerita, puisi, drama dan tulisan-tulisan tentang sastera Melayu lama dan baru, selain kajian tentang khalayak kedua-dua genre tersebut.

“Sebenarnya ada banyak aspek lain yang boleh dikaji dan diteliti seperti minat sastera, daya beli dan penyebaran karya-karya sastera serta penulisan bibliografi lengkap sastera Melayu (tradisional dan moden).

Lenyap

“Para pengkaji juga boleh mengkaji dan mengumpul sastera semua suku kaum bumiputera termasuk Iban, Kadazan, Murut, Semang dan lain-lain serta mengaturnya untuk pembelajaran di sekolah,” ujar beliau.

Aspek lain yang dicadangkan oleh beliau bidang terjemahan karya-karya sastera Melayu serta pengumpulan cerita-cerita rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk dibukukan.

Persoalan kurangnya biografi, autobiografi dan memoir pengarang-pengarang Melayu turut diakui oleh Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

Beliau melihat, ketiga-tiga penulisan tersebut masih amat langka dalam sejarah penerbitan di Malaysia termasuk sumbangan daripada pengarang-pengarang mapan.

Kelangkaan tersebut menyebabkan beberapa maklumat penting tentang kesusasteraan moden dan aspek bukan narati tentang pengarang tempatan tidak dapat diketemukan atau lenyap bila mereka meninggal dunia.

Sesungguhnya, penghormatan dan pengiktirafan terhadap sastera dan bidang penulisan tidak hanya tertakluk pada penerbitan karya-karya mereka sahaja. Sebaliknya, ia turut merangkumi penulisan biografi, memoir dan sebagainya.

“Penerbitan biografi, autobiografi dan memoir justeru lebih penting berbanding karya-karyanya terutama untuk melihat dan menilai proses kepengarangan, konsep seni dan falsafah anutannya yang dibicarakan secara denotif tanpa bersembunyi.

“Maka wajarlah biografi, autobiografi dan memoir pengarang Melayu moden yang terkenal disusun perancangan penulisan dan penerbitannya. Jika biografi yang ingin dihasilkan, wajarlah semua data dan maklumat yang penting diperoleh daripada pengarang sendiri terutama ketika ingatannya masih kuat,” katanya.

Selain itu, Dr. Anwar berkata, DBP perlu memainkan peranan yang lebih luas dalam penerbitan tersebut dengan menangani projek penyelidikan sastera modennya secara dalamannya.

“Akan tetapi, jika DBP merasakan sebaliknya, maka penyelesaian yang terbaik ialah dengan memanfaatkan sarjana-sarjana sastera di IPTA tempatan,” tambah beliau.

Oleh itu, Dr. Anwar seperti juga Dr. Muhammad melihat persoalan yang sama - semua pihak perlu memainkan peranan semaksimum mungkin untuk melakukan penyelidikan terhadap sastera Melayu supaya ia benar-benar wujud sebagai sebahagian daripada warga sastera dunia.

Namun, perjalanan ke arah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Kedua-duanya berpendapat hanya penyelidikan, penulisan dan penerbitan termasuk biografi, memoir dan aoutobiografi sahaja yang dapat merealisasi cita-cita tersebut.

by: Utusan Malaysiaminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-86254240961150362882008-08-29T00:01:00.000+08:002008-08-29T00:01:00.398+08:00Jenaka Pendek (Kisah 6)Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-83975854881738220062008-08-28T00:01:00.000+08:002008-08-28T00:01:00.633+08:00Gara- gara cintacinta itu umpama mutiara
biarpun bumi serta isinya digadaikan
nilainya tidak mampu dibeli
bila diri terjatuh dalam cengkamannya
tiada lautan api tidak bisa direnangi
tiada gunung tidak bisa didaki
tiada jurang tidak bisa direntangi
tiada jarak tidak bisa dilalui
dan tiada apa tidak bisa dilakukan
semuanya gara- gara cinta.

cinta itu buta
ia buta kepada warna kulit
ia buta kepada darjat kedudukan
ia buta kepada paras rupa
ia buta kepada perbezaan jarak
dan ia buta kepada bermacam halangan di hadapannya
semuanya gara- gara cinta.

semasa dalam cengkaman cinta
hidup ini terasa dalam alam kayangan
menikmati nikmat yang tidak mampu terucap
membawa kepada perubahan diri yang ketara
tidur menjadi tak lena
mandi menjadi tak basah
makan pun menjadi tak lalu
bila mana orang yang dicinta tiada dihadapan.

apabila terputusnya sebuah ikatan cinta
tiada kesakitan yang bisa menandinginya
tiada kekecewaan yang bisa digambarkan
diri yang dulunya gagah bak laksamana
kini menjadi hulubalang pengecut
diri yang dulunya segak bergaya
kini berkeadaan terumbang- ambing
semuanya gara- gara cinta.

cinta
cinta itu merupakan satu anugerah
anugerah yang tidak terhingga dari Tuhan Yang Maha Esa
yang tiada seorang hambapun tidak merasainya
yang akan mengajar manusia erti kehidupan
yang akan memastikan kesinambungan
kaum manusia di muka bumi ini
dan juga sekalian makhlukNya.

by: abdullah bin laba'ahminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-13354594405688230122008-08-27T00:01:00.002+08:002008-08-27T00:01:00.386+08:00Cerdiknya Pak Pandir!Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-30872289835272278542008-08-26T00:01:00.000+08:002008-08-26T00:01:00.266+08:00Sedarkah engkau wahai mahasiswamahasiswa
apakah mahasiswa itu?
siapakah mahasiswa itu?
apakah asas perjuangan mahasiswa itu?
cerminkanlah dirimu wahai orang muda
adakah diri ini tergolong dalam golongan mahasiswa?
adakah diri ini sedar, diri ini seorang mahasiswa?
kerana, menerjahnya langkahan kakimu masuk ke menara gading
melabelkan kamu sebagai seorang mahasiswa
biarpun cermin sebesar dinding rumah
kalau ia masih lagi tidak menyedarkan diri
apalah nasib empunya badan
diri ini bolehlah diibaratkan sampah di laluan orang ramai
dipijak, ditendang, dihaprak tidak berguna
oleh itu, sedarlah engkau mahasiswa
akan tanggungjawabmu kepada bangsamu.

mahasiswaku
berdirinya engkau di menara gading ini
bukan hanya untuk bersuka- suka
dan bukan juga untuk mengisi masa kosongmu
tetapi adalah untuk satu perjuangan
engkau merupakan pejuang masyarakat
umpama mujahidin barisan hadapan di medan perang
yang akan mempertahankan kedaulatan negara ini
yang akan memajukan tanah tandus ini
dan yang akan membangunkan bangsamu
seiringan dengan kemajuan bangsa- bangsa lain
di bumi yang berkepelbagaian bangsa ini.

mahasiswaku
engkau diibaratkan tembok
yang akan menghalang tanah ini dari dicerobohi
engkau diibaratkan tiang
runtuhnya engkau runtuhlah masyarakatmu
engkau juga diibaratkan kepala kereta api
yang akan membawa masyarakatmu maju kehadapan
sedarkah engkau wahai mahasiswa
akan senjata merbahayamu
senjata yang kini engkau masih sia- siakan
senjata yang masih lagi belum engkau gunakan
senjata yang masih lagi engkau simpan
itulah pemikiranmu
tidakkah engkau sedar wahai mahasiswa
engkau sebenarnya memiliki pemikiran yang tajam bak mata pedang
inilah dia senjatamu yang bisa membangunkan bangsamu
inilah dia senjatamu yang bisa mempertahankan tanah ini
engkau menghormati orang tuamu seolah- olah mereka pelindungmu
padahal mereka sebenarnya tidak berupayah langsung
bahkan mereka hanya mampu berdiri dibelakangmu untuk perlindungan
maka, sedarlah wahai mahasiswaku
akan tanggungjawabmu kepada kami semua.
engkau perwira, engkaulah harapan, engkaulah emas.

by: abdullah bin laba'ahminz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-7881461881993427252008-08-25T00:01:00.000+08:002008-08-25T00:01:01.031+08:00Jenaka Pendek (Kisah 5)Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-40308273829618808622008-08-23T00:01:00.001+08:002008-08-25T17:46:17.189+08:00Kuda rajaAlkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”

Dengan selambanya budak tu jawab,

“Nak kena jentik lagi…??”minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1283167854236530358.post-51679609366624748402008-08-23T00:01:00.000+08:002008-08-23T00:01:01.209+08:00Jenaka Pendek (Kisah 4)Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"minz_tondekanhttp://www.blogger.com/profile/10458074948019305487noreply@blogger.com0