PAK PANDIR KE KEBUN  

Posted by minz_tondekan in

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
“Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, “Kenapa Bang?”
Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.”

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI  

Posted by minz_tondekan in

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

Kekayaan karya mesti dipertingkat  

Posted by minz_tondekan in

MODENISME sering menganggap bahasa sebagai sebuah faham rasionalisme yang mengandungi makna tertentu, sesuai dengan kosa kata dan peraturan gramatik yang digunakannya.

Kekuatan juga terletak pada rasional untuk memahami dunia dan pemahaman tersebut memerlukan bahasa yang baik, kuat dan terstruktur dengan kemas.

Pandangan tentang bahasa itu menunjukkan ada dua hal yang diyakini dalam modenisme. Pertama, ia percaya bahawa bahasa dapat menjadi medium kepada struktur makna. Kedua, bahasa sebagai alat komunikasi dengan makna yang rasional.

Bagaimanapun pandangan modenisme tentang simbol, bahasa dan makna, dikritik oleh salah seorang pemikir pascastrukturalisme Perancis, Jacques Derrida.

Beliau antara lain berpendapat bahawa kepercayaan moden terhadap hubungan simbol, bahasa dan makna didasarkan pada apa yang disebutnya sebagai metafizik kehadiran (methaphisic of presence).

Terhadap pandangan ini, Derrida menyatakan bahawa apa yang disebut metafizik kehadiran dalam berbahasa tidak mungkin wujud. Beliau berpendapat makna sesebuah bahasa akan bergantung pada rujukan setiap kosa kata yang digunakan manusia dalam berbahasa.

Rujukan itu sendiri merupakan pemaknaan dalam kaitan antara satu kosa kata dengan kosa kata yang lain. Kata “demokrasi” misalnya, maknanya merupakan hasil rujukan pada definisi-definisi “demokrasi” yang tercantum dalam risalah-risalah politik yang menurutnya jelas bahawa makna adalah hasil interaksi antara teks.

Di sisi lain, kekayaan dalam memaknakan kosa kata khususnya penggunaan istilah asli sesebuah masyarakat akan memperkuatkan kedudukan sesebuah bahasa.

kemampuan

Ketamadunan sesebuah bangsa akan dikaitkan dengan kekayaan bahasa dan kemampuan melahirkan simbol-simbol intelektual yang tercerna melalui pemikiran dan teks atau metafizik kehadiran menurut istilah Derrida.

Namun, masalahnya bahasa-bahasa dunia akan berhadapan dengan dekonstruksi yang diwacanakan oleh pascamodenisme yang mengubah mitos rasionalisme dan peraturan kebudayaan modenisme.

Atas kesedaran tersebutlah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Hadiah Karya Ilmiah DBP dan Hadiah Karya Kencana. Ia merupakan pengiktirafan terhadap penulis dan karya-karya yang membantu menjana kepada kekayaan bahasa Melayu di Malaysia.

Hadiah diberikan dalam semua disiplin yang dituliskan dalam bahasa Melayu dan tersiar di majalah-majalah terbitan DBP termasuk bidang kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat, sastera dan lain-lain.

Karya-karya tersebut dinilai oleh ahli-ahli akademik yang mewakili bidang masing-masing dari institusi- institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagi tiga hadiah utama kategori Hadiah Karya Ilmiah yang menawarkan RM8,000 dimenangi oleh Dr. Hamedi Mohd. Adnan menerusi tulisannya Majalah Melayu Selepas Perang (1945- 1957): Editorial, Sirkulasi dan Iklan (bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan).

Dua lagi pemenang hadiah utama kategori tersebut ialah Dr. Ibrahim Ahmad (Kesenjangan Leksikal Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (bidang Bahasa) manakala A. Rahim Abdullah (Semiotik Melayu: Pemantapan Teori Sastera Mutakhir) dalam bidang Sastera.

Empat penerima saguhati yang masing-masing berupa wang tunai RM2,000 ialah Hairil Haimi Mohd. Adnan (Dunia Si Kecil Kotemporari dari Perspektif Sains Sosial), Mohd. Syahiidd Tusiran (Kebersihan dan Kesucian Diri Menurut Islam).

Dua lagi pemenang saguhati ialah Dr. Noor Hassim Ismail dan Dr. Jack Wong Siew Yu (Kualiti Udara Dalaman Bangunan, Kesan Kesihatan serta Cara Pencegahan) serta Dr. Latifah Abdul Manaf (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu).

Sementara itu, tujuh penerima Hadiah Karya Kencana yang masing-masing bernilai RM1,000 ialah Prof. Dr. Zaharani Ahmad (Isu Morfologi Bahasa Melayu: Menangani Kepelbagaian dalam Korpus), Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (Bahasa Cerminan Budaya), Prof. Madya Arbak Othman (Kedalaman Puisi Dharmawijaya dan Zainon Ismail).

Penerima lain ialah Prof. Madya Dr. Noriah Taslim (Perjalanan Seorang Seniman dalam Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman), Naziree Md. Yusof (Toleransi Beragama dan Kesesuaian Hukuman Murtad di Malaysia), Dr. Ibrahim Ghaffar (Embah Setia Menunggu Merapi) dan Dr. Mohd. Nizam Sahad (Sukan di Malaysia Perlu Pengislahan Untuk Kejayaan Cemerlang).

Hadiah-hadiah kepada penerima disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang. Ia turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharudin.

Zulkurnain dalam ucapannya berkata, bagi memperkayakan karya-karya ilmiah, kerjasama dalam bidang penerbitan, perancangan judul dan pemasaran buku menjadi begitu penting.

“Para ilmuan kita hendaklah mempunyai kesedaran tinggi terhadap peranan mereka sebagai penyebar ilmu pengetahuan. Selain penyampaian ilmu di bilik-bilik kuliah, pembentangan kertas kerja dan lain-lain, penyebaran ilmu melalui aktiviti penerbitan perlu dipertingkatkan,” katanya.

Sementara itu, pakar bahasa dan lingustik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar dalam wacana bahasanya sempena majlis tersebut berkata, pandangan sempit segelintir ahli akademik bahawa karya akademik tidak memerlukan teks adalah tidak tepat.

Katanya, untuk menyampaikan idea dan gagasan yang diperoleh dalam kajian akademik memerlukan teks sebagai medium. Paparan formula semata-mata tidak akan melengkapkan sesebuah karya intelektual.

“Sebuah penemuan intelektual mesti disampaikan dalam bentuk teks yang ada bahasa untuk menjelaskan deskripsi, hipotesis dan definisi dengan lebih jelas serta lengkap.

“Dengan ciri-ciri ini, bahasa dalam teks akan memperkuatkan genre akademik itu sendiri selain mampu menyerlahkan ciri-ciri epistemologi dapatan sesebuah kajian yang dilakukan,” jelasnya.

Di sisi lain, beliau menekankan supaya ahli-ahli akademik menulis (dalam bentuk teks dengan bahasa yang lengkap) hasil-hasil kajian mereka dalam semua disiplin supaya dapat diterima serta difahami dengan baik.

sumber:utusan Malaysia

Makna politik bagi seorang kanak-kanak  

Posted by minz_tondekan in

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”. Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Meniru punya pasal..  

Posted by minz_tondekan in

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah: Ape buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

Jenaka Pendek (Kisah 11)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

Wajah misteri  

Posted by minz_tondekan in

Diruang kamar ini F tiga satu tiga
Ku renung dalam-dalam wajahnya
Terpancar perasaan sunyi dan sepi
Rasa simpati ku terusik dek wajahnya
Ingin sekali aku menyapa dirinya
Ingin sekali aku mengenali dirinya
Dan…ingin sekali aku menemani dirinya

Tapi…jodohkah antara aku dan dia
Walau sebumbung duduk bersama
Tegur sapa masih mendiamkan diri
Takkan ku biarkan terus bergini
Jiwa ramah “senior” memberontak untuk dikenali
Siapakah dia gerangan “roommate misteri”

Senyuman manis ku ukir dibibir
Dibalas dek kelatnya bibir si “roommate misteri”
Salamku hulur disambut wajah terpaksa
Kata-kata beribu patah dibalas endah tak endah
Sakitnya jiwa…sakitnya kepala
Memikirkan “roommate” yang aneh sikapnya

Masa pantas berlalu pergi
Ku teruskan perjuangan mengenali hati dan budi
Akhirnya kini baru ku mengerti
Sikapnya senyap dan suka menyepi
Bertegur sapa enggan dipeduli
Beramah mesra jauh sekali
Kini aku dipinggirkan sudah
Dipinggirkan dek “roommate misteri…”


By : GERHANA BULAN

Jenaka Pendek (Kisah 10)  

Posted by minz_tondekan in

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Sejarah silamku  

Posted by minz_tondekan in

Titisan manik hujan itu
Sedikit-sedikit menyingkap sejarah silamku
Sejarah silam yang penuh onak duri
Menyucuk dam melukai perasaan ini
Hinggakan racun bisanya
Masih terkesan hingga kini

Pedih yang ku rasa dek duri sejarah silamku
Membuatkan diri ini mengenal erti putus asa
Mencampakkan diri ini jauh dari erti kesabaran
Keluhan hampa menjadi zikir harian
Menjadikan diri ini lemah tak berdaya
Dalam meneruskan kehidupan yang berpanjangan

Diri ini masih dibungkus sejarah silamku
Terkurung dalam gelap kehampaan
Terikat dek tali-tali kebencian
Hinggakan diri ini kaku dalam ketakutan
Ketakutan terpanah dek sejarah silamku yang menggerunkan

Apakah masih tidak ada cahaya ketenangan??
Cahaya ketenangan yang menerangi hampa kegelapan
Apakah masih tiada gunting kemesraan??
Agar terputusnya tali kebenciaan
Apakah masih tiada kenangan terindah??
Yang tersisa bagi kekuatan dalam ketakutan

Aku masih di ruang kamar sejarah silamku
Bertemankan malam sepi dan sunyi
Diri ini setia mencari penolong sejati
Untuk mengunci sejarah silamku
Namun…aku masih tetap terus menanti
Biarpun malam semakin gelap
Dan…aku tetap terus dibayangi “sejarah hitamku”
Sejarah silam yang menakutkan kalbuku.


By : GERHANA BULAN

Jenaka Pendek (Kisah 9)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !”

Persahabatan yang agung  

Posted by minz_tondekan in

(Dedikasi untuk dirimu sahabat)

Empat serangkai antara kita
Akankah bisa terungkai jua akhirnya
Andai usia dijamah masa
Andai masa berlalu hiba
Entah apa yang menyatukan kita??
Hingga terpaut erat
Terurai berganti semula
Empat serangkai antara kita
Angin bertiup berlagu bersama
Senda menyatu, berpadu gembira
Hingga ada yang berkata
“pastikah hidup dan mati bersama??”
Empat serangkai antara kita
Akankah kita bisa bersama
Menyatu kata membina setia
Walau terluka…walau sengsara
Pastikan esok tetap bahagia bersama
…dulu, kini, dan selamanya….


By : GERHANA BULAN

Jenaka Pendek (Kisah 8)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Aku….si pencari  

Posted by minz_tondekan in

Di ruang kamar sempit ini
Bertemankan malam sunyi sepi
Ku cuba tenangkan hati dan kenali diri
Namun…masih tak terungkap penyelesaian
Biarpun malam semakin lewat
Aku masih di sini…masih mencari
Merungkai kemelut diri dalam kehidupan
Adakah senyuman bererti kegembiraan??
Atau…tangisan bererti kedukaan??
Oh Tuhan…aku masih tak berdaya dalam mencari
Jawapan pasti tentang kehidupan ini


By : GERHANA BULAN

S. Othman dan sastera Islam  

Posted by minz_tondekan in

PANDANGAN S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara kesembilan terhadap apa yang dinamakan kesusasteraan Islam dapat disimpulkan menerusi buku Allahyarham, Arah Pemikiran Sastera Malaysia. Salah satu sumbangan yang melayakkan allahyarham menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 2003 ialah pembabitan di dalam fenomena sastera Islam. Ini disebut di dalam Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 2003 ketika membincangkan karyanya Ruang Perjalanan (1989). Laporan menyebut, “Ruang Perjalanan muncul ketika khalayak sastera sedang membahaskan mengenai sastera Islam sebagai satu genre dalam karya sastera. Ruang Perjalanan boleh digolongkan ke dalam genre sastera Islam.”

Dewan Sastera Mac 2004 ikut memuatkan artikel Che Abdullah Che Ya berjudul Satu Perjalanan Kritis S. Othman Kelantan yang antara lain bertujuan mengangkat sumbangan S. Othman di dalam sastera Islam terutama menerusi buku Arah Pemikiran Sastera Malaysia.

Memperakukan

Secara ringkas S. Othman Kelantan memperakukan yang dinamakan kesusasteraan Islam itu pada allahyarham antara lain ialah karya-karya, terutama dalam bentuk kreatif, yang menunjukkan kemurnian akhlak, moral, merangsangkan manusia untuk berbuat baik, bersyukur kepada nikmat Tuhan dan menyedari kebesaran-Nya memberi kesan yang positif kepada manusia dan menjelaskan sesuatu yang konstruktif. Karya itu dibina dalam bentuk struktur yang baik dan dalam bahasa yang kreatif dan imaginatif. Keperluan estetik diperlukan dalam kombinasi antara bentuk dan isi.

Di dalam bahagian pertama buku itu, S. Othman antara lain menyentuh kemasukan Islam di Malaysia, perkembangan fikiran melalui kitab-kitab, kebangkitan fahaman kaum muda, kebangkitan ulama-ulama Kelantan dan Patani dan penyebaran Islam menerusi media massa.

Adalah signifikan untuk dinyatakan, allahyarham menerima hujah Syed Naquib al Attas bahawa kedatangan Islam telah mengangkat ketinggian bahasa Melayu. Syed Muhammad Naguib dalam bukunya Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, menyarankan Hamzah Fansuri sebagai tokoh pemodenan kesusasteraan Melayu. Sasterawan Negara ini menyetujui penerokaan alam falsafah, tasawuf dan kesufian di dalam karya-

karya klasik khususnya pada karya Hamzah Fansuri dan Tok Kenali menjadi ukur tara awal apakah yang dimaksudkan dengan sastera moden. Malah bagi beliau keutuhan dan pembangunan bahasa Melayu bergerak sejajar dengan penggunaan tulisan jawi dan kelahiran karya sastera Islam.

S. Othman di dalam bahagian ini juga menggariskan dengan terang apakah yang beliau maksudkan dengan kebudayaan, yang jelas sekali ikut disandarkan kepada ajaran Islam. Untuk melihat sesuatu yang akan disebut dengan nama kebudayaan, haruslah diasaskan kepada tiga perkara: iaitu dilandaskan kepada muslahat al mursalah, atas kepentingan umum. Seterusnya, segala usaha pengkaryaan dilandaskan kepada tujuan seni, yakni zarif. Dan terakhir, segala usaha itu dilandaskan kepada akibat, iaitu fikiran untuk apa sesuatu usaha itu dijalankan.

Bertitik tolak dari pandangan-pandangan yang jelas ini, S. Othman mengemukakan konsep sastera Islam yang menurutnya tidak dapat tidak bermula atau bersumberkan dari al-Quran dan Hadis. S. Othman juga beranggapan yang karya sastera Islam dapat dilahirkan dengan berkesan oleh penulis-penulis dengan kefahaman Islam yang mendalam.

Sasterawan Negara ini turut meletakkan beberapa ciri sastera Islam iaitu antara lain memancarkan ilmu pengetahuan. Pengarang juga menurut S. Othman mesti memancarkan sifat mukalaf, iaitu sikap bertanggungjawab atas semua tugas dan membina semangat untuk berbakti terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Selain dari itu satu lagi gagasan S. Othman iaitu mengenai kritikan Melayu-Islam wajar disentuh di sini, ia adalah satu cubaan S. Othman meletakkan asas keislaman kepada genre kritikan di dalam sastera tanah air. S. Othman mengemukakan kritikan Melayu-Islam ini menerusi dua eseinya di Dewan Sastera iaitu Kritikan dari Perspektif Melayu dan Islam (Mac 1989) dan Masalah Kritikan Kita (Novmber 1991).

Berdasarkan dua esei ini dikesani sekurang-kurangnya enam prinsip kritikan Melayu- Islam iaitu, teguran yang menyedarkan, beri pengetahuan yang bermanfaat, berhujah dengan pengetahuan yang lebih baik, mendatangkan pemikiran atau membolehkan berfikir, menggambarkan kebijaksanaan, sama ada individu yang menyampaikannya atau matlamat yang dituju iaitu dari kaedah atau cara pendekatan yang dipilih dan kritikan harus memancarkan peribadi insaniah yang berfikir dan tunduk kepada kebenaran hakiki.

S Othman turut menegaskan bahawa kritikan Melayu-Islam ini adalah bertujuan murni untuk membina martabat manusia sebagai makhluk bersopan, sebagai makhluk berbudaya dan sebagai makhluk bermasyarakat.

Adalah jelas S. Othman ikut melibatkan diri di dalam fenomena sastera Islam di Malaysia melalui pengemukaan gagasan pemikiran dan penghasilan karya kreatif. Sumbangan Allahyarham yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu serba sedikit ikut merancakkan kemeriahan dunia sastera Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

Jenaka Pendek (Kisah 7)  

Posted by minz_tondekan in

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Penulis muda perlu berusaha asah bakat  

Posted by minz_tondekan in

PAPAR Generasi muda yang berminat menjadi penulis terkenal perlu berusaha mengasah bakat mereka termasuk menyertai lebih banyak seminar atau bengkel berkaitan penulisan.Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, konsep asuh dan asah seperti itu mampu membawa penulis-penulis muda berjaya dalam bidang penulisan.

''Salah satu caranya ialah dengan membaca karya-karya penulis negeri ini. Karya yang bermutu pasti akan membantu mengembangkan kerjaya sebagai pengarang," katanya ketika merasmi majlis penutup Bengkel Penulisan Kreatif - Cerpen dan Puisi di Ujana Wawasan, di sini semalam.

Bengkel selama tiga hari itu dianjurkan oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah dengan kerjasama DBP Cawangan Papar. Seramai 16 penulis muda yang terdiri daripada pelajar menyertai bengkel berkenaan.

Sementara itu, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Zubaidi Abas berkata, pihak DBP akan sentiasa membantu menggilap potensi generasi muda yang berminat menjadi pengarang.

''Kita akan terus menggilap potensi itu menerusi bimbingan seperti mengadakan bengkel dan menyediakan ruang untuk mereka menghantar karya untuk diterbitkan," ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya juga bersedia menerbitkan hasil karya peserta bengkel itu sekiranya karya tersebut memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Beliau memberitahu, ketika ini, DBP Cawangan Sabah telah menerbitkan satu lagi majalah iaitu Majalah Karya bagi memberi ruang kepada penulis menghasilkan karya.

Katanya, seperti Majalah Wadah dan Jendela, majalah baru itu juga diterbitkan tiga bulan sekali.

"Adalah diharapkan ruang dan peluang ini akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya," ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia